S$1,000 Yang Terakhir Oleh Singapura

405

Bermula 1 Januari 2021, Singapura akan menghentikan pengeluaran wang kertas S$1,000 bagi mengurangkan risiko jenayah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Keputusan itu diumumkan oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) pada hari ini.

Buat masa sekarang, berbaki dua bulan sebelum tarikh yang ditetapkan, wang kertas S$1,000 masih tersedia dengan jumlah yang terhad dan sah dalam sebarang pembayaran.

MAS menjelaskan langkah yang diambil diharapkan dapat mengelak daripada dominasi wang kertas berjumlah besar oleh individu tanpa nama.

Usaha itu juga sejajar dengan tindakan negara-negara luar dan bidang kuasa besar yang turut berbuat demikian dengan alasan yang sama.

Perkembangan sistem pembayaran elektronik yang maju dan lebih terjamin turut menjejaskan keperluan transaksi yang melibatkan wang tunai berjumlah besar.

Ekoran daripada itu, pihak bank akan mengedar semula wang kertas bernilai S$1,000 yang telah diterima ketika proses penyimpanan dan bagi menampung kekurangan tersebut, wang kertas S$100 akan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi bagi memenuhi permintaan.

Tindakan MAS menghentikan pengeluaran wang kertas bernilai S$1,000 merupakan kali kedua selepas menamatkan penerbitan wang kertas bernilai S$10,000 pada 2014.

Pada ketika itu, wang kertas S$10,000 merupakan wang not paling bernilai di dunia.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat