Sabar Pelabur! EUR/USD Dijangka Akan Lebih Rancak Pada Malam Ini

701

Penantian menjelang pengumuman dasar monetari FOMC nampaknya telah menyinari matawang USD untuk kembali peroleh rentak pengukuhan setelah sedikit susut pada awal minggu.

Impak mesyuarat FOMC berkenaan dijangka akan menjadi tumpuan susulan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan melaksanakan pengurangan pembelian bon.

Pelabur mungkin bakal menantikan terlebih dahulu kepada data ADP NFP Amerika Syarikat (AS) bagi sektor swasta serta data perkhidmatan tinjauan ISM yang akan diterbitkan pada malam ini.

Selepas memulakan prestasi suram pada awal sesi Asia semalam (Isnin), pergerakan harga pada carta EUR/USD dilihat memberi aksi penurunan di penghujung sesi Eropah sehingga ke sesi New York.

Trend harga tampaknya telah kembali susut di bawah paras rintangan 1.16000 serta seperti sedang membuat LH (lower high) yang baharu dalam memberi isyarat untuk meneruskan corak downtrend.

Aspek itu juga boleh diperlihatkan dek kerana harga masih lagi berlegar di paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan terus bergerak perlahan pada sesi Asia hari ini (Rabu).

Pelabur mungkin akan melihat dan menilai paras terendah 2021 yang dicatatkan pada dagangan Oktober sekitar 1.15300 sekiranya pergerakan harga kekal memaparkan trend penurunan.

Manakala zon sokongan yang paling hampir pada paras 1.15000 berkemungkinan akan mampu dijejaki jika harga susut lebih rendah dan seterusnya paras terendah terbaharu akan tercipta lagi.

Namun begitu, zon rintangan yang terdekat pada 1.16000 mungkin akan dicapai semula andai kata harga kembali menokok serta lonjakan itu juga bakal memberi isyarat pergerakan yang lebih jelas.

Peningkatan melepasi zon rintangan tersebut akan menyaksikan harga memberi isyaratuntuk membuat perubahan trend bullish dan dijangka akan uji zon SBR (support become resistance) 1.17000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat