Safe Haven Emas Terus Ditinggalkan, Harga Susut Tiga Hari Berturut-turut

44

Harga emas meneruskan semula penurunan pada hari Rabu, ditekan oleh dolar yang mengukuh menjelang pemilihan pengerusi Fed yang baru oleh Trump yang dijangka bakal diumumkan pada minggu hadapan.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX susut 0.22% kepada $1275.57 per auns dan indeks US dolar naik 0.03% kepada 93.86 pada jam 11.25 pagi.

Pada hari Selasa lalu, harga emas jatuh tiga hari berturut-turut selepas para pelabur terus meninggalkan safe have emas apabila sentimen risk-on menguasai pasaran berikutan pengukuhan US dolar sejak awal minggu ini.

Pengukuhan US dolar turut didorong oleh pertumbuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan US yang positif, spekulasi pilihan calon pengerusi Fed baru yang lebih hawkish berbanding Yellen dan juga perkembangan yang positif terhadap progres reformasi cukai Trump.

IHS Markit semalam melaporkan peningkatan dalam PMI Pembuatan US ke paras 54.5 bagi bulan Oktober, lebih tinggi berbanding bacaan 53.1 pada bulan September.

Sektor perkhidmatan juga stabil didorong oleh peningkatan pengambilan pekerjaan dan optimis para peniaga pada bulan Oktober. Bacaan indeks 55.9 lebih tinggi berbanding ramalan penganalisis 55.6

Walau bagaimanapun, penurunan harga emas sedikit terhalang pada pertengahan sesi lalu apabila ketidaktentuan terhadap jangkaan kadar faedah dinaikkan dan pemotongan cukai muncul semula selepas 3 ahli republik tidak bersetuju dengan rancangan reformasi cukai tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat