Saga Masuk Pasaran Kenya!

249

Proton Holdings Bhd telah memasuki pasaran Kenya dengan penghantaran kumpulan kereta pertama, yang terdiri daripada 30 unit Proton Saga. Kereta-kereta itu dihantar sebagai kit yang dirobohkan sepenuhnya (CKD) dan akan dipasang oleh Simba Corp, sebuah syarikat yang berpengalaman dalam penjualan dan pemasangan dalam industri automotif.

Menerut timbalan ketua eksekutif syarikat itu, Datuk Radzaif Mohamed, meskipun pengukuhan kedudukan domestik Proton adalah sangat penting untuk diiktiraf sebagai pembuat kereta antarabangsa, syarikat pembuat kereta itu perlu untuk melihat kebolehpasaran produk mereka di tempat yang berbeza seperti Bangkok, Islamabad, Kaherah dan kini di Nairob.

Manakala di peringkat nasional, ianya dapat meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya serta membantu menyumbang kepada penciptaan pekerjaan dalam industri automotif Kenya.

Pada hari ini, telah berlangsungnya upacara penyerahan bendera yang dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Pesuruhjaya Tinggi Kenya untuk Malaysia, Francis N. Muhoro. Dalam ucapan beliau, Muhoro menjelaskan bagaimana negaranya mempunyai polisi Look East, sambil menyatakan hasratnya agar lebih banyak syarikat Malaysia seperti Proton dapat mencari peluang pelaburan di Kenya.

Tambahnya lagi, Malaysia dan Kenya memiliki banyak persamaan, iaitu dari zaman penjajahan sehingga usaha untuk membangunkan negara. Kemasukan Proton ke negara itu merupakan pintu masuk ke pasaran yang berpotensi, dengan sebanyak 1.3 juta penduduk yang mendiami benua Afrika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat