Sah! AirAsia Tukar Nama Jadi Capital A

1,266

Bak kata orang tua-tua, kalau tak boleh nak bawak nama lama tukar nama baru.

AirAsia Group Bhd telah memuktamadkan pertukaran nama syarikatnya kepada Capital A pada 28 Januari 2022.

Pertukaran nama oleh syarikat penerbangan tersebut berlaku kerana ia mencari pengiktirafan pasaran terhadap portfolio perniagaannya yang semakin berkembang melangkaui syarikat penerbangan bajet rendah.

Umumnya, sektor penerbangan mengalami masa yang mencabar kerana sekatan perjalanan akibat Covid-19 sehingga menyebabkan Bursa Saham Malaysia mengklasifikasikan syarikat tersebut sebagai syarikat bermasalah kewangan walaupun ia telah mengumpul dana untuk mengukuhkan kunci kira-kiranya.

Capital A telah melabur dalam perniagaan pembayaran BigPay yang merupakan cabang logistik Teleport dan aplikasi mudah alih, Super App dalam memperolehi sumber pendapatan lain walaupun syarikat tersebut kekal dalam fasa pertumbuhan dan kerugian pada suku yang berakhir 30 September 2021.

Dalam pada itu, ketua pegawai eksekutif Capital A, Tony Fernandes, menyatakan jenama AirAsia akan tetap dikekalkan kerana jenama AirAsia merupakan satu jenama yang terkenal di Asia.

Syarikat penerbangan tersebut melaporkan bahawa ia telah memenuhi 80% tempat duduk yang ditawarkan pada suku ke-4 2021 dan mempunyai jumlah penumpang tertinggi sejak peraturan perjalanan akibat Covid-19 dilonggarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat