Saham AS Menurun Sementara Hasil Bon Naik Diselubungi Kebimbangan

240

Saham-saham Wall Street berakhir rendah sementara hasil bon naik, impak daripada kebimbangan pelabur mengenai pengetatan dasar Amerika Syarikat (AS) yang agresif serta bank-bank pusat lain dalam membendung inflasi.

Presiden Federal Reserve (Fed) New York, John Williams, pada Khamis mencadangkan Fed AS perlu pertimbangkan kenaikan kadar faedah sebanyak setengah mata peratus pada mesyuarat bulan Mei.

Tambahnya, ia secara tidak langsung dilihat sebagai petanda selanjutnya bahawa penggubal dasar akan lebih berhati-hati dalam menyertai kenaikan kadar yang lebih besar.

Kenyataan tersebut telah dibuat sejurus selepas European Central bank (ECB) menyatakan rancangan untuk menamatkan pembelian bon (tapering) pada suku ini sehingga suku ke-3.

Selain itu, pelabur turut memberi perhatian kepada kenaikan kadar oleh bank pusat New Zealand, Bank of Canada (BOC), Bank of Korea dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

Hal ini mengesahkan nota yang dikeluarkan oleh Mona Mahajan, ketua strategi pelaburan Edward Jones yang menjangkakan saham akan susut sementara hasil bon naik.

Di pasaran Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 113.36 mata atau 0.33% pada 34,451.23, indeks S&P 500 hilang 54 mata atau 1.21% pada 4,392.59 dan Nasdaq Composite turun 292.51 mata atau 2.14% pada 13,351.08.

Indeks STOXX 600 naik 0.67% sementara tolok MSCI saham seluruh dunia susut 0.71%.

Sementara itu, penanda aras hasil 10 tahun AS melonjak 2.8275% daripada 2.689% pada lewat sesi.

Menurut ketua strategi pasaran global Wells Fargo Investment Institute St. Louis, Sameer Samana, reaksi pasaran kini adalah reaksi sepatutnya, selagi inflasi tidak dikawal akan terdapat banyak ketidaktentuan.

Ringkasan mata wang menyaksikan indeks dolar naik 0.524%, Euro jatuh 0.52% pada $1.0828 dan Yen Jepun turun 0.21% pada 125.94 per dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat