Saham Asia Dalam Aliran Berhati-Hati Sementara Minyak Terus Mencanak

268

Pasaran saham Asia memulakan minggu ini dengan langkah berhati-hati ekoran kemungkinan kenaikan kadar faedah di United Kingdom (UK) dan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Selain itu, harga minyak terus dalam trend kenaikan hasil kebimbangan terhadap inflasi.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun menurun 0.1% dalam sesi dagangan yang perlahan ekoran sambutan cuti perayaan Tahun Baru China.

Nikkei Jepun susut 0.3% apabila data output perindustrian dan jualan runcit mencatat keputusan di bawah ramalan sementara niaga hadapan S&P 500 dan niaga hadapan Nasdaq Composite turun 0.3% daripada lantunan pada Jumaat.

Bank of England (BOE) dijangka akan menaikkan kadar faedah lagi minggu ini, seterusnya menyaksikan ia mengikuti trend pengetatan polisi di seluruh dunia sementara European Central Bank (ECB) pula dijangka tetap dengan pendiriannya bahawa inflasi akan surut dari semasa ke semasa.

Pasaran kini meramalkan 5 kenaikan daripada Federal Reserve (Fed) tahun ini kepada 1.25%. Bagaimanapun, penganalisis Bank of America (BofA) berpendapat perkara tersebut tidak cukup hawkish.

Ethan Harris, ketua ekonomi BofA menyatakan bahawa pasaran telah mengurangkan ramalan terhadap Fed pada permulaan 2 kitaran kenaikan yang lalu dan ia akan berlaku sekali lagi.

Tambahnya lagi, Fed dijangka akan mula menaikkan kadar sebanyak 25bp pada setiap baki mesyuarat tahun ini dengan jumlah 7 kenaikan dan 4 lagi kenaikan tahun depan. Ia secara tidak langsung menjadikan kadar terminal kepada 2.75-3.00% menjelang akhir 2023.

Pusingan hawkish Fed telah menyaksikan hasil perbendaharaan 10 tahun AS lonjak 27 mata asas pada 1.78%, sekaligus menjadikan bon secara relatif lebih menarik berbanding ekuiti dan terutamanya saham pertumbuhan dengan penilaian yang berpanjangan.

Indesk dolar yang mengukur sejumlah mata wang lain naik 1.7% ke paras tertinggi sejak Julai 2020 pada 97.441.

Euro susut 1.7% pada minggu lalu ke paras terendah sejak Jun 2020 pada $1.1151 sementara safe-haven Yen naik 1.3% pada 115.27 yen.

Sementara itu, hasil yang lebih tinggi telah membantutkan pergerakan emas untuk kekal tersekat pada $1,789, hasil penyusutan 2.4%.

Krisis Rusia-Ukraine terus memberi kesan kepada harga minyak apabila ia menghampiri kemuncak 7 tahun setelah meningkat selama 6 minggu berturut-turut dengan harga minyak Bret naik 94 sen pada $90.97 setong sementara harga minyak mentah AS tambah 98 sen pada $87.71 setong.

Akhir kata dari saya dan Team Intraday.my, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat