Saham Asia Jatuh, Dolar Masih Bertahan

36

Saham Asia hari ini jatuh mengikut jejak Wall Street semalam sementara dolar sedang bertahan dengan tekanan yang berlaku di wilayah Korea , menjadi petunjuk kepada risiko tersebut akan beransur reda.

Saham indeks terbesar MSCI Asia Pasific di luar Jepun susut 0.15%. Nikkei Jepun pula turun 0.55% dan saham Australia AXJO juga susut 0.3%

KOSPI Korea Selatan jatuh 0.2% dan telah rugi selama lima hari berturut-turut.

Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback kekal di paras 92.28 selepas jatuh 0.4% semalam.

Kebimbangan terhadap geopolitik bertambah hangat selepas Korea Utara bakal menjalankan ujian nuklear terbesar pada hari Ahad nanti. Selain itu, pada hari Selasa yang lalu, pegawai diplomasi tertinggi Korea Utara turut mengatakan Pyonyang bersedia untuk hantar lebih banyak ‘pakej hadiah’ kepada US.

Berikutan ancaman tersebut, saham US jatuh mendadak pada sesi yang lalu dengan S&P 500 jatuh dengan kerugian terbesar untuk satu hari sejak 3 minggu yang lalu.

“Risiko yang muncul di wilayah Korea mempunyai impak yang sangat besar terutamanya di Asia Timur, namun beberapa hari lagi, kesan ini akan mula pudar pada kawasan-kawasan yang lain, seperti ’emerging market’ “, kata Kota Hirayama, ketua ekonomi pasaran di SMCB Nikko Sekuriti.

Hirayama juga berkata, “Aliran dana pelaburan asing yang stabil ke dalam emerging market menunjukkan risiko semakin reda. Polisi monetari zon eropah dan US (FOMC) akan menjadi hal yang penting untuk menentukan arah tuju aliran ini.”

Emerging market bermaksud negara yang belum mencapai tahap yang maju seperti US, Jepun dan Eropah namun memiliki ekonomi yang stabil dan para pelabur akan mencari emerging market untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

Bank pusat eropah akan mengadakan mesyuart polisi mereka pada hari Khamis dan para pelabur akan meneliti setiap mesej yang disampaikan bagi mencari tempoh yang bakal diambil oleh bank pusat untuk keluar daripada kelonggaran polisi monetari sedia ada. Penggubal polisi Fed pula akan berkumpul pada 19 dan 20 September nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat