Saham Asia Masih Terheret Sentimen Dari Wall Street, Saham Malaysia Bercampur

43

Saham Global

Saham Asia dibuka rendah dalam pembukaan sesi dagangan Asia berikutan sentimen yang lemah di US semasa penutupan.

Indeks ASX 200, Australia dibuka mendatar pada awal sesi dagangan Asia masing mencatat kejatuhan 0.6%.

Saham ANZ jatuh 0.73%, Commonwealth Bank jatuh 0.57%, Westpac jatuh 1.17% dan National Australia Bank jatuh 0.51%.

Indeks Nikke 225 juga mencatat kejatuhan iaitu sebanyak 0.13% apabila saham Toyota, Mistsubishi Elektrik dan Sony mencatat kejatuhan. Di Korea Selatan, Indeks Kospi naik 0.41%.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia dibuka bercampur dengan indeks penanda aras yang lemah.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ibuka 2.51 mata lebih rendah pada 1,715.35 berbanding 1,717.86 pada penutupan Khamis.

JF Apex Research berkata FBM KLCI dijangka kekal lemah hari ini, dan diniagakan dalam aliran lebih rendah ke paras sokongan 1,700 mata berikutan prestasi lemah pada Khamis.

Pasaran ditutup pada Jumaat lalu sempena cuti umum Maulidur Rasul.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, hari ini berikutan dukungan terhadap matawang ringgit.

Riggit Malaysia dibuka pada 4.0870/0900 berbanding US dolar dari 4.0875/0915 pada Khamis.

Menurut penganalisis pengukuhan nilai ringgit disebabkan oleh harga minyak mentah yang lebih baik susulan harapan yang semakin meningkat bahawa pengeluar utama minyak terutama Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), akan mengurangkan pengeluaran.

Baca lebih lanjut disini : https://intraday.my/pergerakan-pasaran-tukaran-matawang-emas-dan-minyak-mentah-dalam-pasaran-asia-7/

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat