Saham Asia Meningkat, Tarikh Had Hutang US Ditangguhkan

38

Saham Asia meningkat pada hari Khamis selepas Presiden Donald Trump US dan ahli-ahli kongres bersetuju untuk meningkatkan had hutang kerajaan sehingga Disember, menghilangkan risiko penutupan kerajaan sementara ini.

Euro sedikit meningkat menjelang mesyurat polisi bank pusat eropah (ECB) petang ini, dan harga minyak pula naik disokong oleh kilang penapisan di kawasan teluk US yang mula beroperasi semula.

Indeks saham terbesar MCSI Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.3% manakala Nikkei Jepun naik 0.6%

Di New York Semalam, S&P 500 meningkat 7.69 mata atau 0.31%, disokong oleh sektor tenaga berikutan harga minyak yang meningkat.

Presiden Donald Trump berjaya membuat perjanjian bersama Demokrat untuk meluluskan lanjutan had hutang AS sehingga 15 Disember, yang berpotensi mengelakkan hutang kerajaan AS.

Masahiro Ichikawa, ketua strategi di Sumitomo Mitsui Asset Management berkata, “Tarikh akhir untuk had hutang telah di lanjutkan tiga bulan, jadi ianya akan kembali menekan pasaran sekali lagi tahun ini. Namun begitu, pasaran menyambut baik keputusan tersebut berikutan kebimbangan penutupan kerjaan hilang seketika”.

Laporan tersebut mengangkat semula bon 10 tahun US sebanyak 2.101% daripada paras terendah 10 bulan yang lalu, 2.054 semalam.

Walau bagaimanapun, tekanan geopolitik disebabkan oleh senjata nuklear Korea Utara dan program peluru berpandunya masih membayangi terutamanya Jepun dan Korea Selatan.

Berita tentang  naib pengerusi Fed, Stanley Fischer akan meletakkan jawatan disebabkan hal peribadi mengingatkan semula tentang ketidaktentuan pentadbiran US ketika ini sehingga ramai pegawai-pegawai berjawatan tinggi telah meletakkan jawatan kurang daripada setahun berkhidmat.

Hari ini, presiden ECB Mario Draghi dijangka akan membentangkan rangka kerja asas untuk mengurangkan ransangan, walaupun ada sebahagian pelabur menjangkakan pembentangan yang lebih teliti dan jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat