Saham CCB Memecut Bak Mercedes

448

Saham Cycle & Carriage Bintang Bhd (CCB) meningkat pada sesi dagangan pagi ini selepas harga sahamnya melonjak 29.76% atau 50 sen kepada RM2.18 berikutan keputusan pemegang saham terbesarnya untuk menswastakan syarikat berkenaan.

Pada RM2.18, CCB mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM169.25 juta. Syarikat itu menyaksikan sekitar 138,800 saham bertukar tangan.

Saham CCB meningkat sebanyak 24.57% tahun ke tahun.

CCB merupakan kaunter kedua paling untung di Bursa Malaysia ketika artikel ini ditulis.

Semalam, syarikat tersebut memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa pemegang saham terbesarnya iaitu Jardine Cycle & Carriage Ltd (Jardine CCL) membuat tawaran baharu untuk menswastakan CCB pada harga RM2.40 sesaham.

Jardine CCL memiliki kepentingan sebanyak 59.1%, mewakili 59.54 juta saham dalam CCB.

Pada 11 November 2019, Jardine CCL menawarkan untuk membeli kepentingan pemegang saham minoriti syarikat menerusi cadangan pengurangan modal dan pembayaran balik terpilih dengan harga RM2.20 sesaham.

Bagaimanapun, tahun lalu, Jardine CCL gagal dalam usaha menswastakan syarikat itu selepas segelintir pemegang saham tidak berminat memilih pengurangan modal terpilih.

Tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat yang akan dipenuhi secara tunai adalah premium 6 sen atau 2.56% kepada aset bersih CCB berjumlah RM2.34 sesaham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat