Saham Dalam Aliran Naik Sementara Dolar Turun Ekoran Data Inflasi

240

Pasaran saham Wall Street kekal dalam aliran mencanak sementara hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan dolar menurun selepas data inflasi terbaharu menunjukkan tekanan harga melonjak namun masih dalam jangkaan.

Ia secara tidak langsung memberi isyarat kemungkinan Federal Reserve (Fed) tidak akan terburu-buru dalam menaikkan kadar faedah.

Dalam pada itu, data indeks harga pengguna AS melonjak 7% dalam masa 12 bulan yang merupakan kenaikan tertinggi sejak 1982.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.11%, S&P 500 tambah 0.28% dan Nasdaq Composite canak 0.23%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.65% dan FTSE 100 Britain capai 0.81%.

Nikkei Japan naik 1.9% semalaman sementara indeks meluas MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun tamabh 1.95%.

Selain itu, pasaran ekuiti mendokong tolok saham MSCI seluruh dunia dengan kenaikan 0.8%.

Penanda aras hasil 10 tahun menurun 1.7481% selepas jatuhsejauh 1.7269% yang merupakan penurunan lebih daripada 7 mata asas daripada pencapaian tertinggi 2 tahun pada Isnin.

Sementara itu, dolar menjunam ke paras 2 tahun terendah dengan indeks dolar jatuh 0.666% pada 94.97 manakala Euro naik 0.66% ke paras teringgi 2 bulan pada $1,14430 dan spot emas naik 0.2% pada $1,825.40 per auns.

Pasaran minyak menyaksikan harga minyak mentah AS melompat 1.92% pada $82.78 setong dan minyak Brent melonjak 1.24% pada $84.76.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat