Saham Dunia Terus Susut Tatkala Aset Safe-Haven Masih Jadi Tumpuan

267

Pelabur dilihat berterusan menjauhi aset ekuiti ekoran kebimbangan pertumbuhan yang lemah sementara aset safe-haven seperti bon kerajaan mendapat permintaan.

Di Wall Street, saham memasuki rali sedikit sebelum susut dengan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.75%, S&P 500 hilang 0.58% dan Nasdaq Composite turun 0.26%.

Tolok MSCI saham seluruh dunia gugur 0.65% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah junam 1.37%.

Dalam pada itu, tinjauan bank Federal Reserve (Fed) serantau memperlihatkan pengeluaran kilang di rantau Mid-Atlantic Amerika Syarikat (AS) menyusut daripada jangkaan pada Mei dengan prospek perniagaan 6 bulan ke hadapan dijangka lemah dalam tempoh 13 tahun.

Hal ini menurut Pengarah Urusan Dagangan Ekuiti Wedbush Securities, Michael James, boleh dikaitkan dengan kejatuhan syarikat peruncitan AS iaitu Walmart dan Target yang menambah kebimbangan rantaian bekalan.

Sungguhpun begitu, James tidak menolak sebarang kemungkinan kebarangkalian berlakunya lantunan.

Pada sisi berbeza, hasil bon 10 tahun Jerman turun bawah paras 1% dan Hasil Perbendaharaan AS jatuh dengan muncul lebih banyak data ekonomi yang lemah sehingga menimbulkan kebimbangan pengetatan monetari.

Hasil nota Perbendaharaan 10 tahun jatuh 3.8 mata asas pada 2.846% selepas ia mencecah paras terendah 3 minggu pada 2.772%.

Ringkasan mata wang menyaksikan dolar menyusut rentasi papan dengan indeks dolar jatuh 0.896%, Euro naik 1.11% pada $1.0582 sementara Yen Jepun kukuh 0.35% pada 127.70 per dolar.

Selain itu, Presiden Swiss National Bank (SNB), Thomas Jordan, yang memberi isyarat kesediaan bertindak membendung tekanan inflasi telah membantu lonjakan pada Swiss Franc Switzerland.

Bagi komoditi pula, niaga hadapan emas naik 1.4% pada $1,841.20 per auns apabila dolar melemah dan hasil perbendaharaan meningkatkan daya tarikan aset selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat