Saham Eropah Di Buka Rendah, Pelabur Mengambil Langkah Berhati-hati Menjelang FOMC

35

Saham Eropah dibuka lebih rendah hari ini berikutan para pelabur mengambil langkah menanti petunjuk daripada Fed terhadap pelan yang bakal dilaksanakan bagi mengecilkan penyata imbangan $4.2 trillion yang terdiri daripada hutang kerajaan dan hutang rumah.

Antara yang diramalkan adalah Fed akan mengekalkan kadar faedah mereka, namun bank pusat US dijangka akan memberikan petunjuk waktu yang akan ditetapkan oleh mereka untuk mula mengurangkan pegangan bon serta keputusan kadar faedah di masa hadapan.

Di sesi awal dagangan Eropah, indeks saham Euro Stoxx 50 atau dikenali sebagai indeks ‘blue chip’ menurun sebanyak 0.2 peratus. Indeks CAC 40 Perancis susut 0.11% manakala DAX 30 Jerman pula jatuh 0.22% setakat jam 4.30 petang.

Bagi saham kewangan menunjukan reaksi yang positif berikutan pengetatan polisi yang memberi manfaat kepada peminjam. Justeru, Indeks perbankan Eropah meningkat sebanyak 0.2 peratus dengan HSBC berada pada paras teratas disebabkan kenaikan 1 peratus.

Syarikat runcit atas talian British, Ocado merudum seabnyak 5.3 peratus selepas ‘Bank’ mengeluarkan laporan suku ketiga. Hal ini telah meningkatkan kos jangka pendek.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat