Saham Eropah Dibuka Rendah, Di Tekan Kelamahan Saham Perlombongan

53

Saham Eropah didagang rendah pada pembukaan pasaran hari Khamis, ditekan oleh saham perlombangan yang lemah sementara Munich RE telah memberi notis awal kejatuhan hasil berbanding jangkaan sebelum ini.

Indeks Saham pan-Eropah STOXX 600 yang mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah hari ini jatuh 0.1%, turun disebabkan oleh  penyusutan dalam industri besi dan data yang mengecewakan di China, menekan saham perlombangan utama Rio Tinto, Glencore dan BHP Billiton.

Munich RE pula naik 0.1% walaupun syarikat tersebut menjelaskan bahawa sasaran keuntungan tahun ini mungkin tidak tercapai berikutan kerugian yang dihadapi selepas taufan Harvey dan Irma.

Saham Next antara yang membuat keuntungan tertinggi setakat ini, naik 8% selepas peruncit pakaian British mencapai jualan dan keuntungan tahunan yang tinggi.

FTSE UK susut 0.1% menjelang mesyuarat polisi moneteri bank pusat England (BoE) jam 7 petang nanti.

BoE: Brexit Dan Inflasi Perlu Diseimbangkan Dengan Penetapan Kadar Faedah Yang Sesuai

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat