Saham Eropah Didagang Rendah, Dax30, FTSE100, CAC40 Menjunam

44

Pasaran saham Eropah dibuka begitu rendah pada Selasa di mana sentimen pasaran turut memberi kesan negatif kepada pasaran Eropah dalam pembukaan pukul 3 petang tadi.

Dagangan pagi di Eropah menunjukkan Euro Stoxx 50 susut 1.49% setakat ini, di mana CAC40 di Perancis jatuh 1.40% dan Dax30 (Jerman) susut 1.72% setakat pukul 4.49 petang.

Sentimen ‘risk-off’ dicetuskan sekali lagi oleh Korea Utara pagi tadi apabila mereka melepaskan peluru berpandu yang terbang melepasi Jepun dan jatuh di kawasan perairan negara matahari terbit itu.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata tindakan Korea Utara itu mengancam negaranya. US, Jepun, dan Korea Selatan meminta Majlis Keselamatan PBB untuk bermesyuarat bagi membincangkan perkara ini.

Pemain-pemain pasaran ketika ini juga sedang memerhatikan ribut Harvey yang membadai Houston, bandar keempat terbesar di Amerika Syarikat. Banyak daripada kilang penapisan minyak di Texas ini ditutup dan sedikit mengganggu bekalan di Amerika Syarikat.

Kaunter-kaunter tenaga di Eropah didagang rendah secara keseluruhan dan begitu juga dengan sektor kewangan.

Penyedia kredit di Perancis, Societe Generale jatuh 1.25%, di mana BNP Paribas susut 0.91%. Di Jerman Commerzbank dan Deutsche bank masing-masing jatuh 2.88% dan 2.66% setakat pukul 5 petang.

Di London FTSE100 jatuh 1.57% dengan kaunter-kaunter sektor kewangan di negara ini juga terkesan daripada krisis geopoliitik global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat