Saham Evergrande Naik Buat Kali Pertama Selepas Dapat Kelulusan Tangguhan Bayaran

281

‘Tembok Besar’ Evergrande memperlihatkan tanda-tanda pemulihan?

Saham Evergrande Group China naik pada Jumaat selepas syarikat pemaju dengan hutang terbanyak dunia tersebut mendapat kelulusan dari pemegang bon tempatan bagi menangguhkan pembayaran untuk salah satu bonnya.

Kumpulan itu telah mencapai persetujuan dengan pemegang bon pada Khamis bagi menangguhkan pembayaran penebusan dan kupon bon yang berakhir 8 Januari selama 6 bulan yang bernilai US$707.52 juta atau 4.5 bilion Yuan. Menurut Kingston Lin, pengarah urusan Jabatan Pengurusan Aset di Canfield Securities Ltd, mereka telah menjangkakan kelulusan tersebut kerana pemegang bon tidak mahu memutuskan hubungan dengan Evergrande kerana mereka berharap masalah syarikat hutang terbanyak dunia itu pasti akan selesai.

Saham Evergrande mencanak $1.2 semasa sesi, mengatasi penurunan 0.2% dalam Indeks Hartanah Tanah Besar Hang Sen.

Sementara itu, unit China Evergrande New Energy Vehicle Group Ltd turut naik sebanyak 8.1%.

Terdahulu, Evergrande bergelut dengan liabiliti sebanyak US$300 bilion dan bon antarabangsa sebanyak US$19 bilion yang mencetus cross-default selepas melepasi tarikh akhir pembayaran pada bulan lepas.

Kini, fokus utama Evergrande dilihat sedang berusaha mengelak default hutang tempatannya yang akan merumitkan penstrukturan semulanya dari segi politik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat