Saham Gamestop: Ikan Bilis Tibai Ikan Jerung

653

Isu saham GameStop membabitkan sekumpulan ‘ikan bilis’ mengalahkan ‘ikan jerung’ di Wall Street. Apa sebenarnya yang terjadi?

Pada akhir Januari lalu, kecoh satu dunia dan pelbagai media sosial berkenaan isu saham GameStop di mana sekumpulan pelabur runcit boleh ‘mengenakan’ pelabur institusi sehinggakan terpaksa kerugian sebanyak berbilion dolar.

Isu ini bermula dari laman sesawang Reddit, di mana wujudnya satu kumpulan perbincangan yang dikenali sebagai WallStreetBets. Dalam kumpulan perbincangan berkenaan, ada pengguna Reddit yang perasan syarikat dana pelaburan atau hedge fund sedang mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan melakukan ‘short selling’ saham GameStop.

Tetapi sebelum itu, anda tahu apa itu ‘short selling’?

Secara asasnya kita tahu mengapa saham itu naik adalah kerana ramai pelabur yang membeli sesuatu saham tu atau permintaannya yang tinggi. Pelabur melakukan pelaburan kerana merasakan syarikat tersebut berpotensi akan terus berkembang.

Apabila berkembang, syarikat akan mendapat keuntungan dan pemilik saham juga turut menerima keuntungan.

Proses menjana keuntungan dalam saham, kebiasaannya adalah dengan membeli saham pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.

Namun, ada juga cara lain untuk menjana keuntungan iaitu dengan melakukan ‘short selling’. Pelabur akan menjual dahulu saham berkenaan dan kemudiannya membeli semula saham itu menerusi pinjaman daripada broker.

Sebagai contoh, Ali meminjam iPhone daripada Abu. Abu pula mempunyai kilang iPhone.

Jadi Ali meminjam satu iPhone dalam tempoh setahun. Contohnya harga iPhone ketika dipinjam oleh Ali adalah bernilai RM5,000.

Selepas itu, Ali pun menjual iPhone berkenaan di kedai lain dengan harga RM5,000.

Cukup tempoh setahun, harga iPhone itu jatuh menjadi RM4,000. Jadi Ali pun membeli semula iPhone dari kedai lain dengan harga RM4,000 dan memulangkan semula iPhone itu kepada Abu.

Dari situ, Ali sudah menjana keuntungan sebanyak RM1,000. Tapi apa akan jadi kalau dalam tempoh setahun, harga iPhone itu naik?

Contohnya, harga iPhone itu naik sehingga RM6,000. Ali terpaksa membeli juga pada harga RM6,000 dan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1,000.

Melalui ‘short selling’, pelabur membuat keuntungan apabila harga saham jatuh. Jadi ‘short selling’ ini merupakan strategi hedge fund untuk menjana keuntungan berlipat kali ganda atas kesengsaraan syarikat yang sedang mengalami kerugian.

Seperti sedia maklum, ‘hedge fund’ adalah syarikat dana pelaburan. ‘Hedge fund’ ini terdiri daripada pelabur kaya-raya yang menjana duit ketika pasaran sedang baik dan buruk.

Ramai pengguna media sosial menyatakan ‘hedge fund’ adalah kejam kerana menjana keuntungan bernilai jutaan dolar atas kesengsaraan syarikat lain. Disebabkan kemarahan mereka itu, ramai yang berpakat mahu merugikan ‘hedge fund’.

Orang ramai merasakan ‘hedge fund’ asyik membuat keuntungan kerana pasaran dikawal oleh mereka.

GameStop merupakan syarikat menjual permainan video. Dan disebabkan tidak ramai orang untuk pergi ke kedai membeli permainan video dan hanya boleh membeli menerusi digital selain penularan wabak Covid-19, saham syarikat itu merudum jatuh.

Faktor itu mendorong ‘hedge fund’ menjana keuntungan menerusi ‘short selling’. Pengguna Reddit melihat ‘hedge fund’ telah meminjam sebanyak 140% daripada semua saham GameStop yang ada.

Sepatutnya, ‘hedge fund’ hanya boleh meminjam 100% sahaja daripa semua saham yang ada. Contohnya, 10 pelabur pegang RM100. Maknanya maksimum ‘hedge fund’ hanya boleh meminjam sebanyak RM1,000 tetapi nilainya itu telah mencecah RM1,400.

Situasi itu jelas menunjukkan betapa kompleksnya pasaran kewangan sekarang serta mendedahkan sikap tamak ‘hedge fund’. Oeh it, orang ramai berpaka untuk membeli saham GameStop hingga harganya meningkat.

Selepas harga saham Gamstop menunjukkan peningkatan, ‘hedge fund’ yang sedang mengalami kerugian terpaksa melakukan ‘short selling’ kerana merasakan boleh memanipulasikan pasaran ketika itu.

Situasi tersebut dihangatkan dengan kehadiran pengasas Tesla iaitu Elon Musk yang menyuruh orang ramai membeli saham GameStop dan mengkritik ‘short selling’ menerusi Twitter beliau.

Disebabkan ‘tweet’ Elon Musk, makin melambung harga saham GameStop sehingga menyebabkan ‘hedge fund’ menanggung kerugian sebanyak berbilion dolar.

Bagaimanapun usaha pelabur runcit tidak kesampaian apabila platform jual beli saham di Amerika Syarikat (AS) iaitu Robinhood, menyekat orang ramai daripada membeli saham GameStop. Tindakan Robinhood itu menjejaskan kenaikan harga saham GameStop.

Robinhood merupakan aplikasi jual beli saham yang tidak mengenakan sebarang yuran dan mesra pengguna. Ramai rakyat AS yang baru memulakan ‘trade’ saham menggunakan Robinhood.

Tetapi bagaimana Robinhood menjana keuntungan sekiranya mereka tidak mengenakan sebarang yuran? Ada yang mendakwa keuntungan platform itu dijana menerusi kerugian para pelabur dan sokongan ‘hedge fund’ sehinggakan mereka sengaja membuang fungsi ‘buy’ GameStop dalam aplikasi berkenaan.

Melvin Capital yang merupakan salah sebuah ‘hedge fund’ terkemuka AS dan terlibat melakukan ‘short selling’ GameStop mendapat ‘clear position’ tetapi mengalami kerugian lebih AS$2 bilion.

Salah seorang pengguna Reddit berjaya memperoleh keuntungan sebanyak AS$20 juta selepas membeli saham GameStop sebanyak AS$55,000.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat