Saham GameStop Kecundang Ketika Pasaran Kripto Meroket

606

Golongan pelabur amatur dari r/wallstreetbets laman Reddit yang menjadi tunjang utama kepada lonjakan saham GameStop (GME) hingga menyebabkan kerugian para pelabur institusi pada bulan lepas akhirnya menanggung nasib malang apabila taruhan mereka ranap.

Kebanyakan saham yang di-pump oleh kumpulan itu, melibatkan GME, AMC dan Nokia (NOK) ditutup suram, di zon merah.

GME misalnya yang berjaya menyaksikan lonjakan saham menghampiri 2000% pada 27 Januari telah susut 50% dalam 24 jam, hampir 83% sepanjang tiga hari dari paras tertinggi, $483 kepada $90.

AMC juga mencatatkan kerugian 63% sejak rekod tertinggi lima hari lalu dan 20% dalam 24 jam. Ketika ini, harga saham AMC didagangkan pada $7.82.

Menurut jutawan Amerika Syarikat (AS), Mark Cuban menjelaskan penyusutan ini mungkin disebabkan oleh permintaan yang semakin lumpuh susulan daripada sekatan pembelian saham-saham tersebut di Robinhood.

“Apabila tiada pembelian saham bermakna harga terpaksa dikurangkan demi mendapatkan pembeli berpotensi,” ujarnya, menunjukkan akan menyebelahi Wall Street selepas sekatan itu berkuatkuasa.

Bagaimanapun, berbeza dengan pasaran matawang kripto pada pagi ini dilihat membawa khabar gembira kepada para pelabur dengan masing-masing mencatatkan pergerakan positif.

Bermula dengan Bitcoin (BTC) meningkat lebih 9% dengan harga didagangkan pada $35,830. Dan Ethereum (ETH) pula pada malam tadi berjaya melepasi rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada 25 Januari lalu kepada $1,547 sebelum sedikit susut kepada $1,521 ketika penulisan.

Polkadot (DOT) mencatatkan nilai $17.04, diikuti dengan XRP didagangkan pada $0.39, LTC ($149) dan DOGE ($0.03)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat