Saham Gamuda Meningkat, Menang Projek Di Taiwan

286

Saham Gamuda Bhd dilaporkan meningkat setelah memenangi sebuah kontrak projek di Taiwan. Ia meningkat 1.4% pada sesi dagangan awal pagi Jumaat.

Kontrak yang dimenangi adalah bernilai RM521.7 Juta.

Gamuda bersama Taiwan’s Dong-Pi Construction Co Ltd telah dianugerahkan kontrak pembinaan Marine Bridge di wilayah Guan Tang.

Tempoh kontrak itu adalah 44 bulan bermula April 2019 dan dijangka siap pada November 2022. Dijangkakan kemenangan ini akan memberikan peningkatan positif pada tahun kewangan yang dijangkakan berakhir 31 July 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat