Saham Genetec Cecah ATH Baharu!

301

Harga saham Genetec Technology Bhd melonjak ke paras tertinggi baharu pada sesi dagangan di Bursa Malaysia pagi tadi selepas meningkat RM1.18 atau 11.78% kepada RM11.20.

Lonjakan berkenaan berlaku disebabkan oleh para pelabur mempertimbangkan prospek pakar automotif terhadap permintaan global untuk kenderaan elektrik (EV).

Pada pukul 9.48 pagi, harga saham Genetec meningkat kepada RM10.92 setelah didagangkan antara RM10.18 dan RM11.20 setakat hari ini.

Pada paras RM10.92, Genetec memiliki nilai pasaran kira-kira RM549.71 juta berdasarkan 50.34 juta saham terbitan syarikat itu.

Harga saham Genetec semalam melonjak melebihi RM10 buat kali pertama.

Dalam tempoh setahun sahaja, saham Genetec telah meningkat ke paras semasa daripada RM1.35 pada 2 Julai tahun lalu.

Lonjakan harga saham Genetec bermula sejak akhir Mei lalu apabila sahamnya ditutup pada paras RM3.69 pada 28 Mei lalu.

Pada 17 Jun lalu, Genetec menerusi maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, firma terbabit telah memperoleh tempahan baharu bernilai kira-kira RM47.9 juta daripada pelanggan sedia ada yang juga merupakan pemain global dalam industri ‘kenderaan elektrik dan bateri serta ‘pemacu cakera keras, elektronik dan semikonduktor’

“Tempahan itu dijangka dapat memberikan sumbangan positif terhadap pendapatan Genetec untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2022,” ujar syarikat terbabit.

Para pelabur yang memantau perkembangan korporat Genetec juga menyedari bahawa pemegang saham terbesarnya, Chen Khai Voon telah meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Semalam, menurut makluman Genetec kepada Bursa Malaysia, Khai Voon telah meningkatkan pegangan langsung dan tidak langsung beliau kepada 18.163% selepas membeli 260,100 saham di pasaran terbuka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat