Saham Global Bercampur Kerana Keputusan Mesyuarat Bank Pusat

180

Pasaran saham global bercampur, dimana saham Eropah meningkat selepas kadar faedah dinaikkan di Britain dan European Central Bank (ECB) mengurangkan program pembelian bon sementara saham global masih mencari arah sehari selepas pengumuman Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai langkah tapering yang dipercepatkan.

Nasdaq berakhir rendah selepas keputusan Fed untuk mempercepatkan tapering telah mendorong para pelabur beralih ke sektor lebih sensitif dari segi ekonomi dan mengelak saham pertumbuhan serta teknologi.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 1.23% dan tolok saham MSCI seluruh dunia turun 0.13% selepas ia beralih daripada wilayah positif ke negatif sepanjang dagangan AS.

Indeks purata Dow Jones Industrial susut 0.08% pada 35,897.64 sementara S&P 500 hilang 0.87% pada 4,668.67 dan Nasdaq Composite jatuh 2.47% pada 15,180.44.

Indeks dolar turun 0.409% dan Euro naik 0.02% pada $1.133.

Hasil 10 tahun AS berada pada 1.4241% sementara hasil 30 tahun pada 1.8668%.

Harga minyak mentah AS naik 2.13% pada $72.38 setong sementara harga minyak mentah Brent tambah 1.54% pada $75.02.

Kesan Keputusan Mesyuarat Terhadap Saham

Saham bank United Kingdom (UK) mencanak selepas Bank of England (BoE) naikkan kadar 0.15 peratus mata kepada 0.25%.

Dalam pada itu, ECB menyatakan akan mengurangkan pembelian bon di bawah Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) bernilai 1.85 trilion Euro menjelang suku depan dan menamatkan skim tersebut menjelang Mac 2022.

Sementara itu, Lira Turki terus merosot selepas bank pusatnya sendiri mengalami penurunan kadar. Ia merosot sebanyak 5.6% pada paras terendah 15.689 selepas bank pusat mengurangkan kadar dasarnya sejajar dengan program ekonomi bukan ortodoks yang ditetapkan oleh Presiden Tayyip Erdogan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat