Saham Global Berdepan Minggu Terburuk Sejak Krisis Kewangan Dunia 2008!

666

Pasaran saham global kini bakal mengalami minggu terburuk sejak krisis kewangan pada tahun 2008 berikutan pelabur terus menyingkirkan aset berisiko ekoran kebimbangan terhadap wabak coronavirus akan menjadi pandemik dan mengganggu pertumbuhan ekonomi.

Dagangan sesi New York pada Khamis menyaksikan pasaran Wall Street jatuh mendadak ekoran kebimbangan pelabur terhadap risiko coronavirus akan merebak di Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan di negara-negara lain.

Indeks Dow Jones Industrial Average mencatat kejatuhan 1,190.95 mata atau 4.4% dan ditutup pada paras 25,766.64.

S&P 500 menyusut sebanyak 4.4% kepada 2,978.76 sementara Nasdaq Composite pula susut 4.6% kepada 8,566.48.

Ini menjadikan Dow Jones merekodkan kejatuhan harian terbesar sejak Februari 2018, melepasi kejatuhan 1,031 mata pada dagangan hari Isnin, manakala S&P 500 dan Nasdaq pula mencatat kerugian terbesar sejak Ogos 2011.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pakar Pencegahan AS (CDC) semalam mengesahkan kes pertama coronavirus daripada sumber tidak diketahui di California Utara, di mana mangsa tidak mempunyai sejarah perjalanan daripada negara berisiko atau berinteraksi dengan pesakit yang dijangkiti.

Susulan itu, 33 lagi telah disahkan positif COVID-19 di California dan kini negara sedang memantau sekurang-kurangnya 8,400 orang yang berpotensi untuk dijangkiti.

Ini menyebabkan pelabur tidak menghiraukan kenyataan Presiden AS Donald Trump yang cuba meredakan pasaran dalam satu taklimat ringkas beliau pagi semalam.

Sementara di pasaran Asia, indeks Nikkei 225 jatuh 3% pada awal dagangan hari Jumaat, menyusuli penurunan lebih daripada 9% minggu ini.

Indeks saham utama Australia, ASX200 jatuh lebih 3.5% dan menghampiri kejatuhan terbesar sejak krisis kewangan pada 2008.

Selain itu di Eropah, FTSE 100 menyusut sebanyak 3.5% menjadikan kerugian pada minggu ini meningkat kepada 8% atau £ 152 bilion. Stoxx Europe 600 pula ditutup 3.6% lebih rendah, kembali menutup keuntungan yang diraih pada Februari tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat