Saham Global Canak Tinggi Dek Pelabur Nanti Mesyuarat Bank Pusat Utama

228

Pasaran ekuiti global meningkat pada Isnin semalam sementara para pelabur menunggu keputusan mesyuarat oleh beberapa bank pusat utama dunia termasuk Federal Reserve (Fed), bank pusat Australia (RBA) dan bank pusat England (BOE) berkenaan dasar monetari masing-masing.

Pasaran saham Wall Street terus mencanak naik dengan saham tenaga dan Tesla yang berjaya diatasi selepas penurunan dalam sektor teknologi sedikit rendah, menutup dagangan dengan bercampur.

Saham Eropah turut mengikuti trend yang sama ekoran laporan pendapatan yang sangat memberangsangkan.

Saham Harley-Davison Inc turut melonjak selepas Kesatuan Eropah menghapuskan tarif balasan ke atas produk Amerika Syarikat (AS) termasuk wiski, bot kuasa dan motosikal syarikat.

Sektor perbankan zon Eropah pula terus mencecah paras tinggi dalam tempoh lebih dua tahun dan menunjukkan prestasi terbaiknya pada hari ini kerana lonjakan hasil bon berdasarkan jangkaan bank pusat Eropah yang akan menaikkan kadarnya pada tahun depan.

Dow Jones Industrial Average meningkat 94.28 mata, atau 0.26% ke 35,913.84 selepas mengatasi 36,000 mata buat kali pertama dalam dagangan harian.

S&P 500 turut menokok 8.29 mata atau 0.18% ke 4,613.67 dan Nasdaq Composite bertambah 97.53 mata atau 0.63% ke 15,595.92.

Nikkei Jepun menokok 2.61% pada dagangan awal selepas Parti Liberal Demokratik yang dipimpin oleh Perdana Menteri Fumio Kishida mendapat kemenangan yang tidak dijangka telah memberi harapan kepada kestabilan politik pada masa akan datang.

Dolar menunjukkan penurunan lebih rendah selepas mencatat kenaikan harian terbesarnya dalam tempoh lebih empat bulan pada Jumaat apabila syarikat-syarikat hedge funds menjangkakan risiko berdepan mesyuarat polisi Fed minggu ini.

Indeks dolar yang yang mengukur kekuatan mata wang US dolar jatuh 0.326% berbanding Euro yang meningkat 0.39% kepada $1.1605.
Pelabur menantikan keputusan Fed untuk rancangan pembelian bon bulanan $120 bilion untuk menyokong ekonomi dan ulasan tentang kadar faedah dan langkah mengekalkan kestabilan inflasi.

Data tinjauan aktiviti pembuatan AS pada Isnin dilihat perlahan pada bulan Oktober apabila laporan syarikat-syarikat bahan mentah menunjukan rantaian bekalan akan kekal mengekang aktiviti ekonomi pada suku keempat tahun ini.

Harga minyak masih kekal tinggi pada Isnin berikutan jangkaan permintaan kukuh dan negara-negara pengeluar utama dipercayai tidak akan terjejas dengan kerugian sebelum ini disebabkan oleh simpanan minyak oleh China sebagai negara pengguna terbesar minyak di dunia.

Minyak mentah AS mencanak 0.6% lebih tinggi pada $84.05 setong dan Brent ditutup pada $84.71, naik 1.2%.

Emas bertambah 0.6% ke $1,792.63 per auns manakala Bitcoin jatuh 1.03% ke $60,726.53.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat