Saham Global Mendapat Tempias! Adakah Keputusan Bank Pusat Telah Pengaruhi Pasaran?

228

Saham global dilaporkan perlahan pada hari Isnin, memanjangkan kejatuhan harga minggu lalu kerana bank pusat mengukuhkan mesej bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama, sementara pelabur bersiap sedia untuk data inflasi Amerika Syarikat yang berisiko tinggi pada hari Jumaat.

Bank seperti European Central Bank dan Bank of England memberi isyarat bahawa mereka mungkin tidak akan menaikkan kadar lagi. Di sisi lain, Federal Reserve mengekalkan kadar tanpa perubahan, tetapi Pengerusi Jerome Powell dengan jelas menegaskan bahawa soft landing yang banyak pelabur percayai bukanlah skenario asasnya.

Indeks MSCI All-World, yang menuju ke prestasi bulanan terburuk tahun ini, dengan penurunan sebanyak 3.6%, merosot sebanyak 0.2% pada hari ini.

Pulangan bon Perbendaharaan AS 10 tahun telah menyentuh paras 4.5% untuk pertama kalinya sejak Oktober 2007, dan pada hari Isnin naik sebanyak 5 mata asas kepada 4.491%, menuju kepada peningkatan bulanan terbesar dalam setahun. Hal ini mencerminkan ketidakpastian pelabur terhadap prospek ekonomi.

Setakat ini, pelabur telah gembira dengan prestasi pasaran ekuiti dan penilaian yang telah dipertahankan dengan baik, terutamanya dalam sektor teknologi, dan sejauh mana ekonomi Amerika Syarikat telah menunjukkan ketahanan yang tinggi menghadapi hampir dua tahun kenaikan kadar, kata Frederik Ducrozet, ketua penyelidikan makroekonomi di Pictet Wealth Management

Waima begitu pasaran mula digoncang, antaranya faktor seperti harga minyak yang mendekati $100 setong dan saham di luar sektor teknologi sukar untuk mendaki lebih tinggi, lanjut beliau.

“Semua ini berlaku pada saat ketahanan ini berakhir. Kami sudah menjangkakan kelemahan yang besar akan berlaku dalam ekonomi A.S, ia telah berlaku di Eropah dan antaranya apa yang disebutkan oleh Powell minggu lalu,” tambahnya.

Mogok pekerja kilang automotif, kemungkinan berlakunya penutupan kerajaan, sambungan bayaran pinjaman pelajar, harga tenaga yang lebih tinggi, dan kos pinjaman jangka panjang yang lebih tinggi adalah antara risiko yang dinyatakan oleh Powell dalam sidang media minggu lalu.

Pasaran saham hadapan S&P 500 dan Nasdaq 100 turun 0.1%, membatalkan keuntungan yang dibuat sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat