Saham Global Mengundur Kerana Kebimbangan Inflasi AS

402

Pasaran saham dunia memperlihatkan penyusutan pada Selasa kerana aktiviti pengambilan untung oleh para pelabur dan kebimbangan inflasi yang berterusan mendorong penjualan secara meluas dalam pasaran.

Penyusutan tersebut berlaku susulan kenaikan harga pengeluar yang kukuh pada bulan lepas telah meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi sementara harga minyak telah melonjak ke paras tertinggi dalam 7 tahun.

Menurut Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS), harga pengeluaran naik kukuh pada Oktober kerana pelabur banyak membeli obligasi hutang yang disokong kerajaan. Selain itu, data tersebut menunjukkan inflasi yang tinggi telah menjadi kebimbangan kepada pelabur akan berterusan kerana bekalan yang ketat.

Sementara itu, laporan indeks harga pengguna AS yang akan diterbitkan pada Rabu akan diteliti bagi mendapatkan pertunjuk mengenai sejauh mana harga pengeluar disalurkan kepada pengguna yang mana perbelanjaannya merangkumi 70% ekonomi As.

Harga minyak mentah AS meningkat 2.98% pada $84.37 setong sementara minyak Brent menaik 1.79% pada $84.92.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah menyusut 0.19% sementara tolok saham MSCI seluruh dunia menurun 0.30% selepas mencapai tahap tertinggi yang belum dipetakan pada awal sesi.

Ekuiti global berada pada paras tertinggi apabila para pelabur menilai pendapatan yang kukuh hasil pengurangan sekatan perjalanan dan perbelanjaan infrastruktur AS terhadap risiko inflasi yang mungkin membawa kepada dasar monetari yang ketat.

Indeks Dow Jones Industrial Average jatuh 0.31%, S&P 500 turun 0.35% dan Nasdaq Composite susut 0.6%.

Hasil Sekuriti Dilindungi Inflasi Perbendaharaan 10 tahun merosot -1.21% sejak Ogos dan hasil TIPS 30 merekod serendah -0.592%.

Penanda aras hasil 10 tahun turun 6.3 mata asas pada 1.4341% pada sesi dagangan petang. Hasil bon 30 tahun mencatat serendah 1.795% sejak Julai dan terakhir turun 6.6 mata asas pada 1.8218%.

Indeks dolar susut 0.93% sementara Euro naik 0.05% pada $1.1592.

Yen Jepun kukuh 0.34% berbanding dolar AS pada 112.86 per dolar sementara Sterling didagangkan pada $1.3562, naik 0.01%.

Harga minyak naik ekoran rang undang-undang infrastruktur AS diluluskan dan pertumbuhan eksport China menyokong prospek permintaan tenaga.

Syarikat pengeluar milik kerajaan Arab Saudi, Aramco turut menaikan harga jualan rasmi minyak mentahnya.

Harga emas naik ke paras tertinggi sejak awal September seiring dengan dolar yang lebih lemah menjelang data inflasi AS yang akan dikeluarkan lewat minggu ini.

Emas bertambah 0.4% kepada $1,830.67 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat