Saham Global Terus Jatuh Menjelang Keputusan Kritikal Mesyuarat FOMC

513

Saham global meneruskan momentum menurun sementara US dolar kekal mencengkam paras tinggi dengan pelabur terus menantikan keputusan mesyuarat Federal Reserve (Fed) berkenaan dasar monetarinya pada awal pagi Khamis.

Pasaran Wall Street berakhir rendah dan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) naik selepas harga pengeluar AS meningkat lebih dari jangkaan pada bulan November telah mengisyaratkan bahawa inflasi akan kekal tinggi buat sementara.

Fed dijangka akan mengumumkan percepatan program pembelian bon dan memberi isyarat perubahan kepada kenaikan kadar pada tahun depan sebagai langkah mengawal lonjakan inflasi menjelang mesyurat pada Khamis.

Minggu ini menyaksikan bank-bank pusat utama akan bermesyuarat yang dimulakan oleh Fed pada Rabu yang bersidang selama 2 hari, diikuti oleh European Central Bank (ECB) serta Bank of England (BoE) pada Khamis dan Bank of Japan (BoJ) pada Jumaat.

Tolok saham MSCI seluruh dunia susut 0.75% dan indeks STOXX 600 pan-Eropah hilang 0.84%.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 106.77 mata atau 0.3% pada 35,544.18, S&P 500 hilang 34.88 mata atau 0.75% pada 4,634.09 dan Nasdaq Composite susut 175.64 mata atau 1.14% pada 15,237.64.

Saham pasaran pesat membangun hilang 0.69% dan indeks meluas MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun turun 0.77% selepas Asian Development Bank (ADB) mengurangkan unjuran pertumbuhan bagi Asia yang telah mencerminkan risiko yang dibawa oleh varian Omicron.

Indeks CSI300 China jatuh 0.67% selepas pihak berkuasa kesihatan Tianjin mengesan kes pertama Omicron pada negara itu.

Indeks dolar mencanak 0.217% sementara Euro jatuh 0.25% pada $1.1255 akibat kesan jangkaan Fed yang akan mengetatkan dasar dengan lebih cepat daripada ECB.

Hasil nota perbendaharaan 10 tahun naik 1.5 mata asas pada 1.439% sementara hasil bon perbendaharaan tambah 1.2 mata asas pada 1.825%.

Harga minyak mentah AS turun 56 sen atau 0.8% pada $70.73 setong dan harga minyak mentah Brent turun 0.9% atau 69 sen pada $73.70.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat