Saham Global Terus Tenggelam, Kebimbangan Ekonomi Memuncak

220

Pasaran ekuiti berterusan menyusut ke paras terendah 18 bulan dengan kebimbangan terhadap inflasi mengukuhkan jangkaan pengetatan dasar monetari oleh bank-bank pusat.

Di Wall Street menyaksikan pelabur cuba menyesuaikan diri dengan kebimbangan bahawa tanda-tanda inflasi mungkin memuncak, di mana indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 103.81% atau 0.33% pada 31,730.3, S&P 500 hilang 5.1 mata atau 0.13% pada 3,930.08 dan Nasdaq Composite tambah 6.73 mata atau 0.06% pada 11,370.96.

Manakala di Eropah pula memperlihatkan keadaan ekonomi yang mengeruh apabila Jerman memberi amaran bahawa Rusia kini menggunakan bekalan tenaga sebagai ‘senjata’, sehingga menyebabkan indeks STOXX 600 susut 0.75%.

Tolok MSCI saham seluruh dunia turun 0.69%, indeks utama global tersebut telah turun 20% setakat tahun ini.

Sementara itu, indeks-indeks utama pan-Asia ditutup lemah 2.5% pada paras terendah 22 bulan dengan Nikkei Jepun jatuh 1.8 sementara saham pasaran membangun hilang 2.28%.

Dalam pada itu, Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa indeks harga pengeluar bagi permintaan akhir telah meningkat 0.5% pada April, iaitu lebih perlahan daripada lonjakan 1.6% pada Mac ekoran kenaikan kos produk tenaga yang menyederhana.

Selain itu, harga pengguna pula perlahan kepada kenaikan 8.3% semasa April berbanding 8.5% pada Mac, sungguhpun melepasi ramalan 8.1%.

Ekoran daripada itu, penganalisis ANZ merumuskan bahawa ia adalah masa yang genting buat Federal Reserve (Fed) dalam melaksanakan kenaikan kadar faedah.

Ringkasan mata wang boleh disimpulkan bahawa dolar berterusan mencapai paras tertinggi 20 tahun dengan indeks dolar naik 0.711% selepas mencapai paras 104.92 sementara Euro jatuh 0.02% pada $1.0377.

Pada sisi berbeza, hasil Perbendaharaan AS susut dengan nota hasil 10 tahun turun 7.1 mata asas pada 2.843% selepas penanda aras bon kerajaan susut pada 2.816%.

Pasaran mata wang kripto pula turut mengalami kemerosotan sebanyak 15% daripada sesi penjualan pada stablecoin TerraUSD.

Penjualan global kripto telah kehilangan hampir $1 trilion, iaitu kira-kira 35% daripadanya datang pada minggu ini sahaja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat