Saham Harga Rendah Diburu Pelabur

244

Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini dengan lebih rendah namun kembali meningkat kemudiannya berikutan kehadiran minat belian yang lebih ketara.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.23 mata kepada 1,533.59 daripada 1,532.36 sewaktu urus niaga berakhir pada Isnin.

Lapor Bernama, indeks penanda aras itu dibuka susut 0.44 mata kepada 1,531.92.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 222 berbanding 115 manakala 272 kaunter tidak berubah, 1,563 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 286.43 juta unit bernilai RM124.17 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities berkata, bursa tempatan berkenaan berkemungkinan mencatat aktiviti belian saham yang berharga rendah, terutamanya kaunter yang mencatat jualan berlebihan.

Selain itu, Malaysia juga menyaksikan perkembangan baharu seperti ketibaan berjuta-juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini yang akan melonjakkan kadar vaksinasi di paras rekod manakala harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak diunjur terus meningkat.

Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, telah menokok 0.32% kepada AS$77.41 setong.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Axiata naik tiga sen kepada RM3.83, Dialog meningkat empat sen kepada RM292, Genting Bhd meraih lima sen kepada RM4.98, Genting Malaysia dan TNB masing-masing naik dua sen kepada RM2.85 dan RM9.75.

Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.13 dan RM5.62 manakala Public Bank rugi satu sen kepada RM4.11.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik dan Sapura Energy masing-masing naik setengah sen kepada 49 sen dan 13.5 sen manakala Sedania Innovator menambah enam sen kepada RM1.12, T7 Global meraih tiga sen kepada 40.5 sen dan Kumpulan Jetson susut satu sen kepada 54.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 14.32 mata kepada 11,164.04, Indeks FBMT 100 naik 11.13 mata kepada 10,869.12 dan Indeks FBM Emas Syariah meraih 22.72 mata kepada 12,185.9.

FBM ACE naik 71.28 mata kepada 7,400.3 manakala FBM 70 meraih 24.18 mata kepada 14,421.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 6.91 mata kepada 15,110.11, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 188.05 dan Indeks Perladangan meningkat 5.73 mata kepada 6,387.3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat