Saham HP Lonjak 10% Selepas Diborong Warren Buffett

840

‘Gila-gila Buffett beli saham, macam beli barang dapur je.’

Berkshire Hathaway Inc mendedahkan pembelian sebanyak 121 juta saham HP Inc dalam satu siri pelaburan gergasi oleh syarikat konglomerat yang dimiliki oleh jutawan, Warren Buffett.

Pembelian tersebut bermakna Bershire memiliki 11.4% kepentingan dalam HP, bersamaan US$4.2 bilion berdasarkan harga penutupan syarikat komputer dan pencetakan itu pada $34.91.

Ekoran daripada itu, saham HP melonjak 9.9% pada $38.38 dalam sejam semasa sesi dagangan selepas Berkshire kemukakan pemfailan kepada Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS).

Setakat 31 Januari, HP memiliki sejumlah 1.06 bilion saham berlebihan.

Sebagai rekod, ini merupakan pelaburan ke-3 terbesar Berkshire selepas Buffett menyatakan bahawa ‘peluang dalaman memberikan pulangan lebih baik daripada pengambil alihan‘ dan lebih ‘mengujakan‘ dalam pasaran ekuiti.

Terdahulu, Bershire telah membeli sebuah syarikat insurans, Alleghany Corp sebanyak $11.6 bilion dalam tunai bagi menambah portfolio penanggung insurans termasuk Geico.

Kemudian pada Mac pula, Berkshire mendedahkan sejumlah 14.6% kepentingan dalam Occidental Petroleum Corp yang menelan belanja lebih $6 bilion.

Dalam pada itu, Berkshine tidak mendedahkan sama ada Buffett atau pengurus portfolionya, Todd Combs dan Ted Weschler bertanggungjawab untuk kepentingan HP.

Apa yang diketahui adalah Buffett bertanggungjawab kepada kepentingan Berkshire dalam Apple Inc sehingga beliau menggelar pembuat iPhone itu sebagai salah satu syarikat ‘Big Four‘ yang menyumbang sebahagaian besar daripada nilai konglomeratnya.

Selain Apple, ‘Big Four‘ yang lain adalah penanggung insurans Bekrshire, keretapi BNSF dan Berkshire Hathaway Energy.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat