Saham IJMP Rekod Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah!

195

Saham IJM Plantations Bhd (IJMP) melonjak sebanyak 58 sen atau 23.58% kepada RM3.04, sekali gus merekodkan paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun setengah pada sesi dagangan pagi tadi.

Kenaikan itu disokong oleh pengambilalihan ekuiti IJMP sebanyak 56.2% oleh Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) pada RM1.53 bilion atau RM3.10 sesaham.

Pada pukul 11.20 pagi, saham kaunter tersebut menokok pada paras RM3.02, naik 56 sen atau 22.76%.

Pada paras RM3.02, permodalan pasaran kaunter berkenaan bernilai RM2.17 bilion.

Kaunter terbabit, yang merupakan kaunter paling untung pagi tadi, menyaksikan sebanyak 13.55 juta sahamnya diniagakan.

Sementara itu, saham KLK susut 8 sen atau 0.37% kepada RM21.68 pada pukul 11.23 pagi, selepas melonjak sebanyak 36 sen atau 1.65% kepada RM22.12 sewaktu sesi dagangan awal.

Permodalan pasaran kaunter itu bernilai RM23.52 bilion berdasarkan harga saham terbaharunya iaitu RM21.68.

Menurut penganalisis Hong Leong Investment Bank (IB), Chye Wen Fei dalam notanya hari ini, harga tawaran KLK adalah wajar bagi pemegang saham IJMP memandangkan sentimen harga terhadap saham perladangan yang “suam-suam kuku’, disebabkan oleh kebimbangan mengenai alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), sambil menambah harga minyak sawit mentah (MSM) yang telah melonjak dan harga tawaran mewakili premium 18.8% kepada harga sasarannya untuk IJMP.

Beliau mengekalkan saranan ‘beli’ untuk IJMP dengan harga sasaran yang lebih tinggi iaitu RM3.10 berbanding RM2.61 sebelum ini, sejajar dengan harga tawaran pengambilalihan KLK.

Dalam pada itu, ujar MIDF Research, harga tawaran itu adalah wajar memandangkan harga MSM yang telah mencecah RM4,000 per tan dan merupakan paras tertinggi sepanjang masa.

“Kami berpendapat bahawa kesepakatan itu wajar bagi KLK untuk memperoleh kepentingan dalam IJMP dan cukup menarik untuk diterima oleh minoriti IJMP sekiranya perjanjian itu berkembang menjadi tawaran wajib untuk pemegang saham IJMP yang lain,” ujarnya.

MIDF juga mengekalkan saranan ‘beli’ untuk IJMP dengan harga sasaran tidak berubah iaitu RM2.62.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat