Saham Ini Jadi Rebutan Para Pelabur

2,622

Saham dan waran Dagang NeXChange Bhd (DNeX) didagangkan aktif ketika sesi dagangan pagi ini selepas wujud laporan mengatakan Foxconn Technology Group dalam perbincangan untuk membeli saham syarikat itu.

Pagi ini, saham DNeX diniagakan tidak berubah pada 80 sen dengan 60.35 juta saham didagangkan, menjadikan permodalan pasarannya bernilai RM1.9 bilion.

Syarikat tersebut merupakan kaunter ke-10 paling aktif yang didagangkan di bursa tempatan.

Sementara itu, waran syarikat terbabit susut 0.5 sen atau 1.72% kepada 28.5 sen dengan 64.58 juta saham bertukar tangan, meletakkanya di kedudukan keenam antara yang paling aktif.

Semalam, dilaporkan bahawa Foxconn mengintai saham dalam syarikat itu selepas bidaannya diatasi oleh DNeX untuk syarikat semikonduktor, SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

“Syarikat pemasangan utama Apple Inc untuk iPhone berkemungkinan membeli saham minoriti dalam DNeX dan membantu mengembangkan perniagaan pembuat cipnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

“DNeX berjaya membeli SilTerra pada Februari lalu, mengatasi Foxconn,” lapor Bloomberg.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat