Saham Ini Laju Naik Macam ‘The Flash’

2,247

Saham Berjaya Corp Bhd (BCorp) melonjak lebih dua kali ganda dalam tempoh dua minggu ke paras tertinggi selama lima tahun kepada 43 sen hari ini berikutan spekulasi pelan rombakan oleh pemiliknya iaitu Vincent Tan.

BCorp yang merupakan saham paling aktif ketika sesi berehat pada pukul 12.30 tengah hari, meningkat sebanyak 3 sen atau 6.33% lebih tinggi pada 42 sen, menjadikan syarikat itu bernilai RM2.03 bilion.

Jumlah dagangannya berjumlah 294.92 juta, melepasi jumlah purata selama 200 hari sebanyak 19.73 juta. Saham berkenaan telah meningkat 121% dari tahun ke tahun daripada 19 sen pada 31 Disember tahun lalu.

Dilaporkan Tan merancang untuk bertindak di belakang tabir dan mahu melantik pengurus yang berprofesional untuk memimpin syarikat tersebut.

Pelan terbabit dibuat susulan pelantikan Abdul Jalil Abdul Rashid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BCorp pada 16 Mac lalu bagi menggantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching.

Selain itu, Tan juga mendedahkan syarikat tersebut dalam tempoh penggabungan untuk mencairkan asetnya bagi meningkatkan nilai BCorp. Malahan, Tan turut memaklumkan pihaknya tidak akan mengambil alih sebarang aset buat masa ini.

Pada 25 Mac lalu, Pengarah Eksekutif BCorp, Derek Chin Chee Seng membeli 50,000 saham syarikat itu menerusi pasaran terbuka.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Jalil memperoleh 70 juta saham BCorp dengan harga 28 sen sesaham bersamaan dengan 1.4% kepentingan dalam syarikat itu.

Pada hari yang sama, Tan melupuskan 70 juta sahamnya melalui transaksi perniagaan langsung. Susulan pelupusan itu, Tan mempunyai kepentingan sebanyak 25.71% atau 2.59 bilion saham dalam BCorp.

Selain BCorp, warannya juga merupakan antara saham paling aktif diniagakan. BJCorp-WB melonjak 28.57% atau tiga sen kepada 13.5 sen manakala BJCorp-WC meningkat 23.81% atau 2.5 sen kepada 13 sen.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat