Saham Kembali Susut Sementara Hasil Perbendaharaan AS Canak

176

Prospek lonjakan inflasi berkaitan pengharaman import minyak Rusia oleh Kesatuan Eropah (EU) mengembalikan sentimen kebimbangan sehingga pasaran saham susut sementara hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) canak.

Indeks ekuiti MSCI global yang menjejaki 50 saham negara lain menurun 0.61% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah menyusut 0.72%.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial merosot 0.67% pada 32,990.12, S&P 500 menghilang 0.63% pada 4,132.15 dan Nasdaq Composite menurun 0.41% pada 12,081.39.

Penanda aras hasil 10 tahun meningkat 2.8622% iaitu ke paras tertinggi seminggu dengan kebimbangan inflasi di zon Euro pula meningkat ke paras tertinggi bulan ini, selain komen hawkish Gabenor Federal Reserve (Fed) Christopher Waller.

Waller menyatakan bahawa kenaikan kadar 50 mata asas akan dikekalkan sehingga pengurangan ketara dapat dilihat, seterusnya menolak jangkaan Fed untuk menghentikan seketika dasar monetari selepas Jun dan Julai.

Di sisi berbeza, keputusan EU yang akan memotong 90% import minyak Rusia sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Ukraine telah membuatkan harga minyak mentah capai paras tertinggi baru.

Harga minyak dilihat lonjak susulan pengumuman tersebut dikeluarkan dengan penanda aras minyak mentah Brent naik 0.96% pada $122.84 setong, tertinggi sejak 9 Mac.

Namun, minyak mentah Brent menurun pula 1.7% pada $115.60 setong apabila Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dilaporkan mempertimbangkan untuk menggantung perjanjian pengeluaran dengan Rusia.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS juga turun 0.06% pada $115.02 setong.

Bagi pasaran mata wang pula, US dolar kembali mengukuh apabila hasil perbendaharaan AS naik dengan indeksnya pula lonjak 0.345% pada 101.770 sementara Euro jatuh 0.41% pada $1.0733.

Komoditi pula menyaksikan spot emas susut 1% pada $1,837.30 per auns dan niaga hadapan emas jatuh 0.99% pada $1,833 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat