Saham KPower Naik Selepas Pengerusi Ini Letak Jawatan

607

Bagai wira yang berundur bagi menyelamatkan dunia.

Saham KPower naik 24.39% ke paras tertinggi 51 sen pada Selasa selepas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah meletak jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas (non-independent non-executive) syarikat.

Kaunter tersebut yang merupakan saham keempat paling aktif didagangkan setakat ini telah menyaksikan 6.32 juta saham didagangkan.

Menurut kenyataan dari pihak KPower, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan Mustakim Mat Nun yang merupakan timbalan pengerusi akan menyandang jawatan pengerusi buat sementara.

Abdul Karim telah dilantik sebagai lembaga pengarah KPower pada 28 Jun 2019 dan dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas pada 28 November 2019.

Menurut kenyataan syarikat itu lagi, Abdul Karim bersama-sama dengan Grand Deal Vision Sdn Bhd muncul sebagai pemegang saham majoriti KPower selepas mengambil alih pemilikan majoriti pada 2019 yang telah menyaksikan perubahan pada syarikat yang selama ini mengalami kerugian kepada antara syarikat utama dalam industri teknologi.

Sementara itu, pemfailan KPower menyatakan Abdul Karim meletak jawatan bagi tujuan ‘memfokuskan perkara lain’.

Dalam pada itu, Abdul Karim memegang 21.23% saham Serba Dinamik, syarikat yang terpalik isu pengauditan dengan KPMG. Beliau juga memegang 15.23% saham KPower dan 24% pemilikan saham Sarawak Consolidated Industries sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat