Saham Mana Raih Untung Pada Awal Minggu?

339

Bursa Malaysia dibuka rendah seketika sebelum melantun semula untuk bergerak tinggi dengan pelabur kembali ke pasaran selepas berlakunya pembetulan harga minggu lalu.

Menurut laporan Bernama, pembetulan dalam pasaran berlaku berikutan penjualan atau pembelian instrumen kewangan secara berlebihan dalam masa tertentu.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sedikit sebanyak 0.57 mata kepada 1,516.43 daripada 1,515.86 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Indeks utama lega 1.23 mata kepada 1,514.63 ketika dibuka awal pagi ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 234 berbalas 202 manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,309 tidak diniagakan dan 36 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 404.16 juta saham bernilai RM140.22 juta.

Minat belian turut dilihat pada saham berharga rendah dan saham permodalan pasaran kecil dengan FBM ACE melonjak 100.04 mata kepada 10,906.09 dan Indeks Permodalan Kecil FBM (FBMSCAP) mengukuh 21.90 mata kepada 13,698.19.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove menambah lima sen kepada RM8.43, Maybank naik tiga sen kepada RM7.24, Petronas Gas lebih tinggi 10 sen kepada RM17.46, kumpulan PPB mengembang lapan sen kepada RM18.68 dan Axiata meraih satu sen kepada RM3.02.

Saham-saham paling cergas, JCY meningkat 4.5 sen kepada 81 sen, Inix lebih kukuh 3.5 sen kepada 38.5 sen, Permaju-PA naik setengah sen kepada 7.5 sen dan Fintec serta Vortex, masing-masing meningkat setengah sen kepada 15 sen dan 8.5 sen.

Saham paling untung, Allianz meraih 18 sen kepada RM13.88, Kossan mengukuh 16 sen kepada RM13.56, Ipmuda meningkat 15.5 sen kepada 45 sen, Comfort mengembang 13 sen kepada RM4.22 dan Ho Wah Genting menokok 10.5 sen kepada 95 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.07 mata kepada 10,986.37, Indeks FBMT 100 meningkat 7.85 mata kepada 10,778.39 dan FBM 70 mengukuh 25.12 mata kepada 14,423.30.

Indeks FBM Emas Shariah pula menokok 16.21 mata kepada 13,026.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 16.06 mata kepada 12,653.92 manakalan Indeks Perladangan menyusut 5.85 mata kepada 7,057.40 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.10 mata kepada 136.83.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat