Saham Microstrategy (MSTR), Apple (AAPL) & Microsoft (MSFT) Kini Di Binance!

2,156

Berita baik kepada pelabur kripto yang mengintai pasaran saham!

Binance mengumumkan penyenaraian token saham Microstrategy (MSTR), Apple (AAPL) dan Microsoft (MSFT) pada hari ini jam 9.30 malam waktu Malaysia.

Penyenaraian token tersebut susulan daripada pelancaran dua token saham pertama iaitu Tesla (TSLA) dan Coinbase (COIN).

Sama seperti token Tesla dan Coinbase, ketiga-tiga token saham terbaru ini juga bersandarkan kepada Binance USD (BUSD).

Sedia maklum token saham adalah token yang mencerminkan saham firma yang sebenar.

Bagaimanapun, token saham bukanlah saham. Ia dibangunkan bertujuan untuk memberikan hak kepada pemegang untuk mendapatkan pendedahan kepada aset pendasar.

Binance telah bekerjasama dengan CM-Equity AG dan Digital Assets AG bagi pelancaran produk tersebut.

Pada minggu lepas, Team Intraday ada melaporkan Binance dalam siasatan pihak penyelia gara-gara memasarkan token saham tanpa pengesahan mematuhi undang-undang atau sebaliknya.

Sehingga hari ini masih belum ada perkembangan daripada isu tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat