Saham MR DIY Susut Di Bawah RM3 Buat Kali Pertama Untuk Tempoh 1 Tahun!

2,846

‘Ni mesti abang-abang trader tak bagi bini pergi shopping MR DIY kan.’

Sepanjang 3 tahun penyenaraian MR DIY di Bursa Malaysia, saham syarikat tersebut dilihat jatuh ke bawah paras RM3 buat kali pertama sejak 2021.

Ketika berita ini ditulis, saham MR DIY menyusut 9 sen (3.02%) pada RM2.89 daripada nilai penutupan RM2.98 dengan purata volum sebanyak 13. 55 juta saham.

Sebagai rekod, kali terakhir saham MR DIY didagangkan bawah RM3 adalah pada 3 Februari 2021 pada penutupan RM2.91.

Bersama nilai saham tersebut, permodalan syarikat berada pada RM18.16 bilion.

Difahamkan bahawa setakat kini saham MR DIY telah menyusut kira-kira 19%.

Menurut sumber, 10 penganalisis dilihat menyukai saham MR DIY dengan meletakan status ‘buy‘ berbanding ‘hold‘ dengan sasaran harga (TP) dari RM3.10 ke RM4.50.

Dalam pada itu, keuntungan bersih bagi suku pertama syarikat yang berakhir 31 Mac 2022 dilihat turun 19.46% pada RM100.5 juta daripada RM124.79 juta tahun lalu yang disebabkan perbelanjaan tinggi sejajar dengan pembukaan lebih banyak kedai.

Hasil syarikat pula meningkat 4.02% pada RM905.16 juta berbanding RM870.18 bagi tempoh sama tahun lalu yang dipacu oleh pembukaan kedai baharu.

Selain itu, MR DIY juga mengisytiharkan dividen intrim satu peringkat pada 0.7 sen sesaham yang berjumlah RM44 juta dan mewakili nisbah pembayaran sebanyak 42.8%.

Di sisi berbeza, MR DIY dikatakan akan meneruskan usaha pengembangan dengan membuka lagi 133 kedai baru merentasi jenama untk tahun ini.

Setakat ini syarikat memiliki 947 buah kedai diseluruh negara dengan pecahan 841 kedai MR DIY/MR DIY Express, 51 kedai R TOY dan 55 kedai MR DOLLAR.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat