Saham MyEG Jatuh Menjunam Kerana Dikaitkan Dengan Barisan Nasional dan GST

2,029

Harga saham My E.G. Services Bhd (MyEG) jatuh di bawah nilai RM1 dalam dagangan hari ini berikutan keraguan pelabur terhadap syarikat yang dikaitkan dengan Barisan Nasional itu. Barisan Nasional baru-baru ini kalah dalam pilihanraya umum ke-14 selepas memerintah Malaysia sejak 60 tahun yang lalu.

Saham MyEG berhadapan dengan tekanan penjualan sejak pasaran saham Malaysia dibuka pada Isnin dengan ia membuat penurunan empat hari berturut-turut.

Penyusutan ini bukan sahaja disebabkan oleh kaitan MyEG dengan Barisan Nasional, tetapi kejatuhan saham itu juga terkesan selepas kerajaan baru berikrar untuk memansuhkan cukai GST (Goods and Services Tax). Hal ini sekaligus memberi risiko kepada projek penelitian GST yang telah dilancarkan pada penghujung tahun 2017 yang lalu.

Setakat pada pukul 4.46 petang, saham MyEG didagangkan di sekitar RM0.89 jatuh dari paras tertinggi RM3.00 yang dicapai pada 30 Mac 2018. Ini sekaligus merekodkan kejatuhan terbesar yang pernah dialami oleh saham MyEG iaitu kejatuhan sebanyak hampir 70%.

MyEG dilaporkan cuba untuk membeli semula 10 juta unit saham-sahamnya semula pada harga RM1.27 pada Rabu, tetapi masih belum cukup untuk menolak ia ke paras yang lebih tinggi. Hakikatnya, nilai saham MyEG jatuh ke paras RM0.89 setakat pada hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat