Saham Nuance Lonjak 16%!

282

Saham firma teknologi yang membantu membangunkan perisian Siri milik Apple iaitu Nuance Communications naik sebanyak lebih 16% selepas Microsoft Corp dilaporkan ingin membeli syarikat berkenaan menerusi satu perjanjian bernilai AS$19.7 bilion.

Pembelian Nuance itu merupakan perjanjian kedua terbesar dalam sejarah Microsoft selepas pengambilalihan laman LinkedIn pada 2016.

Menurut Microsoft menerusi kenyataan yang dikeluarkan, firma itu akan meningkatkan perisian dan kepakaran kepintaran buatan milik Nuance untuk syarikat-syarikat penjagaan kesihatan.

Perkhidmatan perubatan dalam talian semakin meningkat sejak pandemik Covid-19 melanda. Trend terbabit dijangka akan terus meningkat selepas pandemik.

Perjanjian itu yang meliputi hutang Nuance, dijangka dimeterai pada tahun ini.

Nuance yang berpangkalan di Massachusetts, ditubuhkan pada 1992. Syarikat tersebut mempunyai lebih 1,600 orang pekerja di seluruh dunia dan beroperasi di 28 buah negeri.

Syarikat itu baru-baru ini memberi tumpuan kepada membekalkan perisian kepada industri penjagaan kesihatan seperti perisian yang membantu memberi laporan radiologi secara automatik.

Hampir 80% hospital di Amerika Syarikat (AS) telah menjadi pelanggan Nuance. Pembelian firma itu akan berpotensi mengembangkan pasaran Microsoft dalam industri penjagaan kesihatan.

Microsoft dijangka membayar AS$56 per saham bagi membawa Nuance di bawah ‘satu bumbung’. Harga itu adalah 23% lebih tinggi daripada saham Nuance yang didagangkan pada Jumaat lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat