Saham Padini Meningkat Selepas Umum Dividen Sebanyak 2.5 Sen

498

Saham Padini Holdings Bhd meningkat 22 sen kepada RM3.60 pada sesi dagangan tengah hari berikutan pengumuman dividen sebanyak 2.5 sen per saham bersama laporan keuntungan bersih tahunan oleh syarikat tersebut.

Terdahulu, menurut laporan kepada Bursa Malaysia, Padini mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2019 kepada RM160.18 juta daripada RM178.17 juta pada tahun 2018.

Selain itu, keuntungan bersih bagi suku keempat yang berakhir 30 Jun, 2019 direkodkan menyusut kepada RM54.44 juta daripada RM57.21 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelum.

Pendapatan syarikat tersebut bagaimanapun merekodkan peningkatan bagi suku keempat 2019 pada RM516.47 juta daripada RM477.91 juta disebabkan penjualan di kedai sedia ada yang lebih baik khususnya pada musim perayaan. Pendapatan bagi tahun kewangan 2019 juga meningkat kepada RM1.78 bilion daripada RM1.68 pada tahun 2018.

Bagi tahun kewangan 2019 pertumbuhan jualan kedai sedia ada meningkat 4% berbanding tahun sebelum manakala bagi suku keempat pula catat kenaikan 6%.

Menurut Kenanga Research, keuntungan bersih tahun kewangan 2019 Padini adalah dalam jangkaan mereka dan pengumuman dividen sebanyak 2.5 sen bagi suku keempat 2019 juga menepati ramalan. Harga sasaran (TP) yang ditetapkan Kenanga tidak berubah iaitu pada RM3.75.

Pengumuman dividen sebanyak 2.5 sen per unit untuk suku keempat 2019 bagi tahun kewangan 2020, yang akan dibayar pada 30 Sept, 2019 menjadikan jumlah dividen kepada 11.5 sen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat