Saham Perbankan AS Terus Terima Tamparan Hebat!

264

Tindakan pantas kerajaan berhasil mengekang kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat lebih parah pada awal minggu.

Ini susulan langkah yang diumumkan pada pagi Isnin (sesi Asia) bahawa ia akan menjamin deposit di Silicon Valley Bank untuk melindungi sistem kewangan daripada krisis merebak lebih luas.

Sementara Presiden AS, Joe Biden pula cuba menenangkan rakyat AS dengan mengatakan mereka perlu mempunyai keyakinan bahawa sistem perbankan adalah selamat.

Walaupun berjaya menenangkan pasaran, namun saham bank serantau kekal di bawah tekanan yang kuat, mengakibatkan beberapa dagangan saham perbankan terpaksa dihentikan.

Antara yang paling teruk terjejas adalah First Republic Bank yang turun 61.83%, manakala Western Alliance Bancorp dan PacWest Bancorp masing-masing jatuh 47.06% dan 21.05% dalam sesi dagangan sesi New York.

Tiga indeks utama pula ditutup bercampur-campur, melihatkan Dow Jones Industrial susut 0.28% pada 31,819.15, manakala S&P 500 pula turun 0.15% pada 3,855.77 dan Nasdaq positif pada 11,923.17 dengan kenaikan 0.79%.

American Express, Goldman Sachs, dan JPMorgan Chase adalah antara yang mencatat prestasi paling teruk dalam indeks Dow Jones di tengah-tengah penjualan besar dalam saham kewangan.

Kemerosotan dalam indeks US30 juga mereda, memperlihatkannya sedikit meningkat pada sekitar 31,946 pada sesi Asia hari ini.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat