Saham Sarung Tangan Getah Menurun, Top Glove Rugi

414

Saham empat syarikat pengeluar sarung tangan getah terkemuka menurun ketika sesi dagangan pagi tadi berikutan kebimbangan mengenai perkembangan vaksin Covid-19 serta cukai durian runtuh yang dikenakan oleh kerajaan.

Awal pagi hari ini, Top Glove Corp Bhd menyaksikan penurunan sahamnya kepada bawah RM26 sebelum melonjak semula sebanyak 1.61% atau 42 sen kepada RM26.50 pada pukul 10.42 pagi.

Sementara itu, saham Supermax Corp merosot sebanyak 1.92% atau 40 sen kepada RM20.40, Hartalega menurun 2.05% atau 36 sen kepada RM17.20 dan Kossan Rubber Industries Bhd turut merosot 0.88% atau 14 sen kepada RM15.86.

Menurut penganalisis CGS-CIMB Research, Walter Aw, firma penyelidikan masih ‘percaya’ kepada sektor pembuatan sarung tangan getah kerana kenaikan harga saham semasa sektor terbabit menawarkan peluang pelaburan yang menarik susulan pandemik Covid-19.

Ujarnya lagi, harga saham syarikat sarung tangan getah menurun sebanyak 20-30% pada paras mingguan terendah ekoran berita pembangunan vaksin pertama di Rusia dan spekulasi pasaran tentang pelaksanaan cukai durian runtuh terhadap syarikat pembuat sarung tangan getah.

Dalam pada itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) percaya pelaksanaan cukai durian runtuh terhadap syarikat pembuat sarung tangan getah akan membantu mengembangkan bisnes mereka ke luar ngeara, terutamanya di negara yang mempunyai insentif cukai lebih baik dan tenaga kerja yang mencukupi.

Tambah Aw, jumlah permintaan sarung tangan getah dijangka terus meningkat sehingga tempoh separuh pertama tahun depan dan purata harga jualan akan turut meningkat dalam waktu terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat