Saham Serba Dinamik Digantung, Ini Perkara Yang Pelabur Perlu Tahu

3,947

Selepas menjual keseluruhan pegangan dalam waran pada minggu lalu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Mohd Abdul Karim dilaporkan telah membeli 1 juta saham Serba Dinamik.

Untuk pengetahuan, Datuk Mohd Abdul Karim telah memegang 786.38 juta saham atau 21.2% pegangan dalam Serba Dinamik, dan 1 juta saham yang dibeli pada hari Jumaat lepas adalah tambahan.

Sebelum laporan mengenai pembelian ini dikeluarkan, dagangan saham Serba Dinamik di Bursa Malaysia telah digantung dari 2.30 petang (Jumaat, 22 Oktober) sehingga notis selanjutnya dikeluarkan oleh pengawal selia bursa bagi mengekalkan pasaran yang teratur dan adil.

Penggantungan ini termasuk semua waran berstruktur yang berkaitan dengan Serba Dinamik pada masa yang sama.

Sebelum digantung, harga saham Serba Dinamik berada pada 35 sen, sementara harga waran syarikat pula pada 7 sen.

Dalam pada itu, menurut laporan berasingan, Bursa Malaysia telah menetapkan hari Selasa, 26 Oktober sebagai tarikh akhir buat Serba Dinamik Holdings Bhd mengumumkan penemuan daripada Kajian Semula Khas Bebas (SIR) berhubung isu audit yang dibangkitkan oleh bekas juruaudit luarnya KPMG.

Penangguhan dagangan saham dan waran Serba Dinamik dilaporkan akan kekal sehingga syarikat itu membuat pengumuman sebagai mematuhi arahan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat