Saham SMIC Menjunam Gara-gara AS!

761

Saham Semiconductor Manufacturing International Corp (SMIC), syarikat pembuat chip terbesar di China, menjunam lebih dari 23% pada hari Isnin, setelah pemerintah AS mengatakan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menjalankan sekatan eksport terhadap syarikat itu.

Saham syarikat yang disenaraikan di Hong Kong itu didakwa menjunam sebanyak 22.88% untuk ditutup pada 18.24 dolar Hong Kong pada hari Isnin manakala saham SMIC yang baru disenaraikan di Shanghai ditutup 11.29% lebih rendah iaitu pada harga 58.80 yuan China.

Hal ini demikian kerana Jabatan Pertahanan AS dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan menyenaraikan SMIC ke dalam senarai entiti yang dikemukakan oleh Jabatan Perdagangan negara itu.

Meskipun SMIC merupakan syarikat pembuat cip terbesar negara itu namun ianya masih ketinggalan dengan saingannya seperti TSMC Taiwan dan Samsung Electronics Korea Selatan dari segi teknologi.

Selain itu, SMIC juga bergantung kepada peralatan pembuatan chip Amerika. Sekiranya ia disenaraihitamkan, maka syarikat itu bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan bagi membangunkan kemampuannya dan merugikan pengeluaran.

Menurut Jabatan Pertahanan AS, syarikat pembuat cip tersebut didakwa bekerjasama dengan pihak ketenteraan dan pertahanan China.

Walau bagaimanapun, SMIC telah menafikan dakwaan tersebut serta menganggapnya sebagai kenyataan palsu. Oleh itu, mereka menyatakan bahawa SMIC bersifat terbuka untuk mengadakan sesi komunikasi yang tulus dan telus dengan agensi Kerajaan AS dengan harapan dapat menyelesaikan kemungkinan salah faham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat