Saham Sony Menggelongsor Turun Lagi, Petanda Apa Ni?

444

Alamak! Adakah ini bermaksud tiada PS6 tahun mendatang?

Saham Sony Group Corp ‘bagai menggelongsor turun dari gelongsor‘ apabila ia mencatat penurunan sebanyak 8.8%, selepas meraih keuntungan 4 hari berturut-turut sebelum ini, ekoran kebimbangan mengenai perniagaan permainannya muncul semula berikutan isu kekurangan komponen dan persaingan yang tinggi daripada syarikat lain.

Pada bulan lalu, Sony telah menyaksikan sahamnya menurun sebanyak 13% selepas pesaing rapatnya, Microsoft mengumumkan pembelian syarikat pemaju permainan, Activision Blizzard yang terkenal dengan permainan Call of Duty.

Namun, Sony berjaya memulihkan sedikit keuntungan apabila ia mengikat perjanjian dengan pemaju permainan Bungie Inc.

Konglomerat gergasi Jepun tersebut melaporkan keuntungan suku ke-3 dengan sokongan kukuh daripada filem box-office Spider-Man: No Way Home sementara unit permainannya terpaksa bekerja keras untuk mencatat keuntungan suku tahunan akibat kekurangan kos.

Umum mengetahui, Sony bergelut untuk menghasilkan unit PlayStation 5 (PS5) bagi memenuhi permintaan disebabkan isu kekurangan komponen dan masalah logistik.

Sony hanya berjaya menjual sebanyak 3.9 juta unit sahaja pada suku ke-3 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Masalah tersebut telah memaksa penurunan taraf dalam sasaran jualan PS5 setahun Sony kepada 11.5 juta unit daripada 14.8 juta unit.

Ekoran daripada itu, terdapat spekulasi di mana Sony mungkin terpaksa mengikut jejak Microsoft yang menawarkan permainan pada perkhidmatan langganan Game Pass.

Dalam pada itu, Sony telah memberi isyarat agresif mengenai rancangannya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju permainan dengan menggandakan pendapatan permainan pihak pertama (first party game) dan melancarkan lebih 10 permainan perkhidmatan langsung yang berasaskan dalam talian dan boleh dikemas kini untuk menyertakan ciri baharu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat