Saham Subur Tiasa Catat Kaunter Paling Untung Dengan Lonjakan 25%

510

Harga saham Subur Tiasa Holdings Bhd mempamerkan lonjakan drastik pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini sejurus mencatat kadar keuntungan bersih yang lumayan.

Pada 10.44 pagi, harga saham kaunter itu ‘meroket’ 18 sen atau 25% menjadi 88 sen dengan sebanyak 2.21 juta saham diperdagangkan.

Lonjakan itu juga telah menyokong saham Subur Tiasa untuk tersenarai sebagai kaunter paling untung tertinggi pada hari ini dan mempunyai permodalan pasaran bernilai RM181.61 juta.

Subur Tiasa telah mencapai keuntungan bersih sebanyak RM19.37 juta bagi tempoh 1 Mei sehingga 31 Julai 2021 daripada tahun lalu yang mana ia mencatat kerugian bersih RM26.75 juta.

Susulan aspek tersebut, pendapatan syarikat juga melonjak 47.35% kepada RM106.46 juta berbanding RM72.25 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan dan keuntungan sebelum cukai segmen kelapa sawit juga telah menyaksikan peningkatan RM32.9 juta dan RM24.1 juta pada suku terakhir.

Yang mana ia dipacu oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) sekitar 79% dari paras RM2,335 satu tan sehingga RM4,183 satu tan.

Selain itu, pendapatan segmen kayu menokok 4.35% kepada RM42.71 juta daripada RM40.93 juta manakala kerugian sebelum cukai menyusut 59.35% kepada RM5.34 juta berbanding RM13.14 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat