Saham Sunway Susut!

263

Saham Sunway Bhd, yang diniagakan semula hari ini, dibuka pada RM1.81, tiga sen lebih tinggi berbanding harga terakhir yang didagangkan iaitu RM1.78 selepas syarikat itu semalam mengumumkan Greenwood Capital Pte Ltd milik kerajaan Singapura akan melabur ke dalam firma berkenaan.

Bagaimanapun, saham kaunter itu susut sejurus sesi dagangan dibuka.

Pada pukul 10.15 pagi, harga saham Sunway Bhd menurun sebanyak 5 sen atau 2.8% lebih rendah pada RM1.73, dengan 6.064 juta saham didagangkan.

Pada paras RM1.73, Sunway Bhd mempunyai nilai pasaran kira-kira RM8.53 bilion berdasarkan kepada 4.93 bilion saham terbitan syarikat tersebut.

Dagangan Sunway Bhd disambung hari ini selepas digantung semalam berikutan pengumuman pelaburan Greenwood dalam Sunway Healthcare.

Saham Sunway Bhd mengalami trend kenaikan sejak lewat bulan lalu daripada paras RM1.55 sebelum itu.

Greenwood yang merupakan unit milik penuh GIC (Ventures) akan menyuntik pelaburan sebanyak RM750 juta ke dalam Sunway Healthcare menerusi pembelian 16% pegangan dengan hasil bakal digunakan bagi pengembangan hospital sedia ada dan tujuan modal kerja.

Menurut pengasas Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, pelaburan berkenaan bertepatan dengan strategi Sunway Group apabila pusat kesihatan sedia adanya iaitu Sunway Medical Centre Sunway City dan Sunway Medical Centre Velocity akan dikembangkan kapasitinya dan telah memulakan rancangan untuk membina enam lagi hospital dalam beberapa tahun akan datang.

Selain itu, Sunway Healthcare Group juga bercadang untuk memperluaskan perniagaan lain yang berkaitan dengan kesihatan seperti penjagaan kesihatan di rumah, tempat tinggal untuk golongan warga emas, pusat ‘telemedicine’ serta pusat perubatan tradisional.

Ujar Cheah lagi, hospital baharu itu dijangka siap dalam tempoh 3 hingga 4 tahun dan pihaknya akan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh 6 hingga 8 tahun selepas hospital selesai dibina.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat