Saham Syarikat Minuman Ini Melonjak 289% Hanya Kerana Menukar Nama Kepada Blockchain

145

Saham syarikat Long Island Iced Tea melonjak tinggi sehingga 289% apabila syarikat yang berpangkalan di New York itu menjenamakan semula nama syarikat kepada Long Blockchain. Ini adalah salah satu fenomena terbaru di dunia yang di popularkan oleh Bitcoin selepas merekod kenaikan 1,500% tahun ini.

Long Blockchain adalah perniagaan menjual minuman bukan-alkohol. Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata akan mencari rakan usahasama atau melabur dalam pembangunan ‘lejar tidak berpusat’ iaitu blockchain. Blockchain adalah teknologi yang menyokong Bitcoin, malahan kehadiran beribu-ribu koin alternatif (altcoin) adalah disebabkan kepercayaan terhadap teknologi blockchain.

Beberapa syarikat lain juga pernah menjenamakan semula nama syarikat kepada nama yang lebih kepada dunia matawang-Crypto, termasuklah syarikat minuman, sukan dan perabot. Syarikat-syarikat ini juga mengalami kenaikan nilai saham dalam pengumuman yang telah dibuat.

Namun, seperti biasa ia mengundang kritikan di Wallstreet seperti Bitcoin yang berhadapan dengan kritikan nama-nama besar Wallstreet seperti Jamie Dimon.

“Ia serupa dengan apa yang berlaku pada lewat tahun 1990,” kata Scott Nations, penulis buku “Sejarah Amerika Syarikat dalam 5 kejatuhan pasaran”. “Syarikat yang tidak ada kaitan dengan internet mengumumkan mereka menjadi syarikat internet dan perkara yang sama sedang berlaku sekarang.”

Nilai saham syarikat tersebut yang pada mulanya berada pada $2.44 seunit melonjak ke paras $9.49 pada Rabu sebelum ditutup pada $6.91. Lebih daripada 15 juta saham bertukar tangan berbanding dengan purata 170,000 saham sehari.

Long Blockchain mungkin mendapat manfaat daripada pengumuman mereka, tetapi setakat ini syarikat itu belum lagi mengumumkan perjanjian dengan sebarang firma blockchain.

“Syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan lima ke sepuluh ganda dalam masa sehari hanyalah kerana mereka mengatakan syarikat merekada adalah syarikat blockchain sekarang,” kata Nations. “Bagi saya ia hanyalah mengesahkan kita sekarang berada dalam bubble.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat