Saham Teknologi Melonjak Naik, Cipta Peluang Keuntungan Buat Para Pelabur

686

Malaysia menyaksikan kebangkitan sektor pembuatan sarung tangan getah sehingga melahirkan jutawan baru sepanjang musim Covid-19. Namun, pada waktu yang sama sektor teknologi turut mengalami peningkatan dan dilihat lebih hebat serta kukuh dalam pasaran.

Buktinya, evolusi IT seperti teknologi 5G sentiasa mara ke hadapan, menimbulkan keyakinan terhadap pelabur untuk penawaran ke atas saham yang berkaitan dengan semikonduktor di Bursa Malaysia.

Dilaporkan ketika pelabur masih setia dengan pelaburan ke atas industri sarung tangan getah, pelabur yang berminat dengan sektor teknologi telah berjaya menaikkan saham Indeks Bursa Teknologi sehingga 73% daripada 23.81 mata kepada 41.15 mata untuk tempoh tiga bulan terkini.

UWC Bhd dengan harga saham meningkat 235% dari RM1.10 pada Mac kepada RM3.68 pada Jumaat lalu menjadikan syarikat itu berada di carta teratas, diikuti Aemulus Holdings Bhd dengan harga saham meningkat 231% dari 8 sen kepada 26.5 sen dan JHM Consolidation Bhd yang melonjak 161% dari 52.5 sen kepada RM1.37.

Begitu juga beberapa saham teknologi di Bursa Malaysia. Greatech Technology Bhd melonjak 193% kepada RM4.05 daripada RM1.41, manakala JF Technology Bhd meningkat 114% kepada RM2.04 dari 96 sen ketika pertengahan Mac.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong, sebelum tibanya pandemik coronavirus, saham teknologi menjadi buruan kerana dianggap stok pertumbuhan. Pengembangan Revolusi Industri 4.0 dan 5G mengukuhkan lagi kedudukan saham teknologi dengan penggunaan lebih banyak cip dan sensor.

“Norma baharu” berikutan wabak telah mewujudkan kesedaran kepentingan semikonduktor melibatkan teknologi 5G dan penghantaran data, mendorong kepada peningkatan penggunaan teknologi perbincangan dalam talian dan penggunaan cloud-based pada kadar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Misalnya pengeluar hard disk drive (HDD) seperti Dufu Technology Corp Bhd telah menyaksikan peningkatan harga saham 149% daripada rekod terendah pada Mac. JCY International Bhd meningkat 130% dan Notion Vtec Bhd, naik kepada 126%.

Berdasarkan rekod, saham teknologi ada potensinya dalam pasaran untuk jangka masa yang lebih panjang. Harga saham yang meningkat sejajar dengan peningkatan permintaan susulan daripada keperluan yang dalam kehidupan masyarakat dalam norma baharu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat